Friday, May 22, 2015

Travelogue : Dari Banting ke Amsterdam, Netherlands. Day 1 & Day 2



Assalamualaikum dan Hi! 

Okay meh nak cerita pasal travelogue Amsterdam. Hish. Masa tulis dah rindu nak ke sana lagi. 
Harap tahun depan ada rezeki boleh ke sana lagi kan? 

*Amin lelaju. 

In 2012, Amsterdam was ranked the second best city in which to live by the Economist Intelligence Unit (EIU). So memang setuju lah saya dengan statement ni. Almaklumla duduk kampung bila datang tempat sejuk, cantik, orangnya putih-putih memang nganga la kejap. ahaha.

Amsterdam ni terkenal dengan Dutch (Belanda), Canals, Anne Franks, Van Gogh, Red Light District (Ehemm), TULIPS, giants clogs, The Fault in Our Star (some scene dekat sana), Windmill, Dutchlady? haha. 


Banyak traveler saya baca hanya pitstop 1 night di Amsterdam dalam kebanyakan jelajah Europe mereka. Yelah Europe consists of so many countries kan? So nak explore satu-satu memang kene adjust betul-betul. 

So, if any of you wish to visit Amsterdam, soon, later on ke...you must consider to stay there for a few nights. Cuma saya pergi time winter, so no tulips di Keukenhof gardens. Tengok dekat market jela. Cita-cita nak tanam tulips dekat Malaysia pun mimpi jelah. 

So this is among the places yang saya sempat cover semasa di Amsterdam. 


Setelah almost 24 hours journey from Malaysia, layover di Jakarta dan 13 hrs flight journey akhirnya saya dapat jejakkan kaki di bumi Oranje. Sampai je Schiphol Airport hilang semua penat lelah berkobar-kobar nak merayap. Actually ada banyak jugak tempat atau benda saya tak ambil gambar sebabnya saya kadang terlalu leka memerhati daripada pegang phone ambil gambar. *nyesal

Saya sukakan Amsterdam kerana keramahan penduduknya. Saya ni bertudung, muslimah kan... then from Asia. So pergi negara barat ni ada yang akan pandang kita pelik tapi tu semua biasa je. Cuma saya rasa welcome sangat-sangat di sana berbanding Malaysia. Saya bukan mengutuk Malaysia, tapi saya terkejut melihat keramahan penduduk Amsterdam terhadap tourist. 

Masa saya berjalan di area Damrak, saya ditegur oleh seorang pakcik umur around 60's dengan sapaan "Selamat Datang" and saya terkejut jugak la and replied him greeting "Terima Kasih, you speak bahasa?" and then he replied he only knew Selamat datang sahaja. 

Situasi kedua semasa berjalan-jalan di canal yang banyak di Amsterdam. My cousin, saja buka maps nak tahu actually kami di mana, sebab kami memang main jalan je and enjoying our view and a guy approached us and offered to help in case we got lost or something. 

Pernah sambil kami bayar makanan di Albert Heijn kami di sapa "Welcome to Amsterdam and have a nice holiday", pernah juga di train a woman asked us where we want to go and bila train kami approaching the destination she quickly informed us that our destination is approaching. Yang tolong angkat luggage kami naik train pun ada, Driver bus yang peramah, pun dengan baiknya cakap kami dah sampai ke Volendam. Owner of candy shop pun ada offerkan any help if we want. Mungkin ada yang cakap, alaaa entah-entah niat jahat. Tapi Alhamdulillah, saya yakin semua yang saya jumpa tu baik-baik belaka. 

But it makes me wonder, if i ever greet, help or do good to tourist in KL? or any locals ke? 

Okay enough of membebel. Tapi this entry memang panjang! beware! 


Transportation and foods 

Sampai airport kami terus purchased Amsterdam pass. Cost dia EUR 20 for 2 days. Reason? because its way cheap lah. Dekat AMS memang transportation a bit expensive. Memandangkan kami akan banyak commute menggunakan train, metro, tram so kami memilih untuk ambil Amsterdam Pass yang boleh digunakan untuk semua public transport di bandar Amsterdam. 

Anda juga boleh beli Holland pass, lebih berbaloi untuk beli jika stay di Amsterdam dan Netherlands dalam jangka masa panjang. Dalam pass tu akan siap bagi free ticket untuk ke tulip garden di Keukenhof, dan free entrance fees di kebanyakan museum di Amsterdam. Untuk maklumat lanjut both pass ni boleh di google di laman webnya sendiri. 

Tak perlu risau untuk sesat ke ape ke, haha normal la kalau kita sesat lagi-lagi tak pakai tour guides. But dalam pass tersebut memang dah disediakan maps and attraction. Senang, dalam card ada maps. Actually transportation di sini adalah lebih mudah di fahami berbanding Paris. 

Kalau korang tak nak purchase ticket yang saya mentioned di atas korang boleh beli semasa menaiki tram. Bayaran di charge bagi tram per hour ada, per day pun ada. Kalau train and metro ikut destination yang nak pergi, Meanwhile bus pulak, ada dua, Day and Night. Bagi Day ialah EUR10 and night a bit expensive. So kalau naik bus boleh turun naik banyak kali during day as many times we want. Bus ni saya gunakan di kawasan outside of Amsterdam city.

Of course transportation di Amsterdam memang tiptop, dalam train, bas pun ada wifi. Pendek kata saya tak risau samaada nak cari wifi. Dekat sana pun ada setengah kedai berikan password free, cuma perlu like pages dia, and anda dapat surf free wifi di beberapa hotspot yang disediakan. 

Makanan muslim pun ada banyak arab or Lebanese food around there. Chinatown also a walking distance, di Chinatown banyak kedai Asian and Asian stores yang jual product dari Asia. 

Oleh kerana banyak sejarah antara Dutch dan Indonesia, so ramai jugak Indonesian shops or local yang ada di Ams. So tak susah nak cari makanan cuma mahal okay. Nasi goreng EUR20, ketaq nak bayar. 

Kalau nak beli air mineral ke, buah-buahan or a bit souvenir saya suggest carilah pasaraya Albert Heijn atau Hema. Memang murah, air mineral botol besar tu boleh dapat EUR 0.50 sahaja. Buah murah, juice buah lagi murah! Hari-hari dok bantai beli sebab EUR 1 sahaja. Lawas katanya. haha.






Day 1 

Okay hari pertama ni kami hanya habiskan masa sightseeing sebab badan masih letih dan adjusting to the 7 degree Celsius weather.  Kami stay di Damrak, which is berdepan betul-betul dengan Amsterdam Central (hub public transportation), Damrak ni kiranya the city centre. Around Damrak ni ada banyak tempat menarik yang boleh di explore. Di sini juga ada banyak tempat shopping yang boleh la korang singgah seperti H&M, Magnum Plaza (dengarnya Prada dalam ni murah), Timberland, Crocs dsb. 

Antaranya tempat lain yang ada disekitar (walking-distance) ialah: 
Royal Palace, Dam Square, Madam Tussaud's, Sex Museums, Public Library, Canals, NEMO dan Red Light District is just like 5 minutes walking from Damrak. 

Saya juga berjalan di canal-canal yang banyak di Amsterdam ni. Di Amsterdam memang windy, so suhu 8 degrees feels like 5 degrees okay. Seronok berjalan di Amsterdam. Semuanya walk-able. Tak berpeluh. So nak jalan tu kurang rasa penat.

Tu yang berjalan tau-tau dah sampai Red Light District. Uish dapat la pengalaman melihat sesuatu yang tak pernah saya lihat secara live di Red Light District ni.

Amsterdam is where coffee shop means something more, and weeds dijual bebas dan boleh dijadikan ole-ole. haha. 

Damrak 


Madam Tussaud di Dam Square 

Dam Square
Di sini la penduduk Amsterdam do silent march in memorial of MH17 airplane crash victims. 


Antara canal di Amsterdam 

Boat House 

Bangunan cam castle rupanya kedai makan. 

\
Another canal

Day 2

Okay hari kedua pula kami bangun awal dan check out kerana pada malamnya kami akan fly to Egypt. Kami dapat cover tempat-tempat menarik di Amsterdam seperti Vondel Park (taman rekreasi) dan Museumplein. Located at the Museumplein are three major museums - the Rijksmuseum, Van Gogh Museum, and Stedelijk Museum - and the concert hall Concertgebouw. Di sini, suasana nak menarik, ramai pelancong dan boleh la selfie sana sini. haha.

Macam sikit je tempat pegi kan, actually lama juga kami di sini, duduk bersantai sebab Museumplein ni besar tau. Actually teringin jugak nak masuk dalam museum ni semua, tapi time constrain. And Amsterdam are rich of museums! Banyak sangat okay. 

Dekat Museumplein jugak ada iconic I AMSTERDAM yang wajib korang ambil gambar tanda korang dah dekat Amsterdam. Okay tips, ada dua tempat yang ada perkataan ni, One is outside Amsterdam Airport Schiphol which I prefer the most because less crowded. And one is here at Museumplein. Macam-macam gaya pose ada kauu. 

A few blocks from here juga terletak Hard Rock Cafe Amsterdam, Baju HRC orange tu hanya ada di Amsterdam je. haha. Kalau nak walk boleh or naik tram turun di Leidseplein pun voley. Saya prefer berjalan cuci mata tengok pemandangan. Tak panas ni gigih nau berjalan. Kalau panas ado ko nak berjalan? haha. And depan je dengan HRC ialah Vondel Park. Taman dia cantik sesuai nak santai-santai picnic. 


Yang di depan airport

The concert hall Concertgebouw. 

I AMSTERDAM di depan Museumplein. Tengok la macam-macam gaya

Yang ni Van Gogh Museum 


HRC Amsterdam


The rest of the days, kami hop on hop off tram, naik train ke kawasan office yang ada di Amsterdam, seperti di Amstelveen admiring their buildings and such. 




Kereta comel



So that's all for Part 1 Amsterdam.

 < Part 2 >


Enjoy!