Tuesday, September 30, 2014

Kekuatan

Emosi naik dan turun sejak akhir-akhir ini. 
Untuk kekalkan sikap positif itu bukan mudah.
Tak semua insan di dunia dapat memahami sebetul-betulnya apa yang saya lalui, in fact kisah saya belum pernah saya dengar dari mulut rakan yang lain yang mengalami naik turun perasaan seperti saya. Tetapi Si Hati masih di sini, masih belum move on sepenuhnya. Masih berbaki lagi kekecewaan yang ada.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."

Ya Si Hati masih di sini, walau sentiasa terjatuh dan sentiasa bangun kembali untuk berusaha. 

Ramai rakan yang banyak menghubungi saya, meminta nasihat kerana mereka juga mengalami kekecewaan yg hampir lebih kurang dengan saya. Selagi saya mampu saya akan menasihati rakan-rakan saya dengan galakan kerana seperti saya mereka inginkan kekuatan sebenarnya. Mencari kekuatan menerima hakikat, kekuatan melepaskan dan kekuatan meneruskan. 

Kekuatan itu mungkin hanya sepotong perkataan yang senang diungkap tetapi amat sukar dizahirkan. Paksi kapasiti hati kita semua berbeza. Ada ke manusia di dunia ini yang suka mengalami perasaan itu? Saya rasa tiada langsung. Tapi Allah berikan dugaan itu, sebagai pelajaran, sebagai peringatan kerana Dia sayangkan hamba-Nya. Untuk kuat bukan mudah. Fikiran umpama layar skrin memutar balik kenangan yang tiada mute button. Cuma akal yang mampu memujuk hati untuk sentiasa positif dan meneruskan hidup. 

Tiap dugaan bagi saya adalah satu hikmah atau sesuatu nikmat yang Allah hendak berikan pada kita. Ia juga sebagai pelajaran dari Dia, dan ia juga muhasabah atas segala apa yang kita lakukan sebelum jadinya dugaan ini. 

Buat rakan disana, yang ingin pergi, biarlah dia pergi. Mungkin sukar bagi kita untuk melepaskan sesuatu yang kita sayang. We cling to the feelings, of what we used to have.

But, its not a healthy relationship if one is not happy and the other one trying so hard to keep it together. Kita juga perlu sedar, We deserve better, to be better here (dunya) and afterlife. Perpisahan itu perlu, terkadang, ia akan mencantumkan ruang kosong yang selama ini kita tak dapat digapai bila bersama. To some, they come come out strong as ever. While some, they realize they deserve better. 

"Be a better version of you"

Its okay to be who you are.

Its okay to cried for as long as you want, soon you realize the tears stop itself. Its okay to be sad, and one day, you feel it in your soul that you have move on and accept all the pain you have been through. And then you want to go to find the happiness out there and just be truly happy for yourself.

 When you are ready, you can see the world will smile at you again. 

Our stories may differs, but we have Allah. He's the best Planner. 

Trust me, one day we will be more happier then we could ever imagine. And we shall look back, smile and said,

"I did it all, I survived".





Counting stars, 
Si Hati.

Thursday, September 18, 2014

Pertama

Salam

So ini adalah post pertama untuk blog ini. 
18-09-2014

Sebenarnya dah banyak blog saya buat sepanjang bernyawa ni, but saya dah privatekan untuk tatapan peribadi kerana post-post yang tak nak la korang baca confirm meluat. 

So, azam saya pada blog baru ini senang and simple je. 
To write more positive things in my life.

2013 and 2014 (not end yet) was the roughest years i had i my life. 
Dugaan yang membuat kita terduduk bermuhasabah diri seadanya. 

Tapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Maka, saya mulakan lembaran baru dalam hidup saya dengan semangat baru, azam baru dan positivity. 

This post is also to remind me, whenever wherever i feel down, semuanya terjadi ada hikmah yang indah, pelajaran dari Allah buat kita semua. Maka terus tersenyumlah percaya everything will be okay!

So its the end of a chapter in my life, and marks a new beginning of another chapter in my life. 


Hidup umpama putaran roda, InshaAllah kitaran kebahagian itu ada buat kita semua. 
Bersyukur dengan segala yang ada. 




Buat si penjaga, 
I'll never stop praying for your happiness. 




Till then, sign-off,
Si Hati.