Thursday, May 14, 2015

Travelogue : Trip Siem Reap


Travelogue entry pertama ialah:

SIEM REAP, CAMBODIA, 7 - 10 May 2015


Okay, first of all, entry ni mmg lengthy sebab saya malas nak buat part by part. Senang la korang baca. Semua in one place. Let's jalan-jalan.

ITINERARY
DAY 1
Details
Arrived - letak luggage hotel 
Tonle Sap 
Entrance fee: USD 20
War Museum 
Entrance fee: USD 5
Lunch @ Family Village Restaurant 
HRC Siem Reap
Night market 
DAY 2
Details
Lunch @ Cambodian Muslim Restaurant
Cambodian Cultural Village 
Entrance Fee: USD12
Night market and Old market
DAY 3
Details
Sunrise @ Angkor 
Entrance fee: USD20 (per day)  
Ta Prohm (Tomb Rider Temple) 
Bayon (Many face temple) 
Lunch @ Cambodian Muslim Restaurant
Phare, The Cambodian Circus 
Entrance fee: USD18 
Night market and Old market
DAY 4
Details
Balik Malaysia - Flight pagi



Haaa, senang korang nak baca. Mukadimah sikit, saya letak itinerary terus. 
Mudah bukan? 

Then baru leh bercerita sikit tentang every place kan and the tips for your travel. 


Tonle Sap 

Some info about Tonle Sap: 
is a combined lake and river system of major importance to Cambodia. The TonlĂ© sap is the largest freshwater lake in Southeast Asia and is an ecological hot spot that was designated as a UNESCO biosphere in 1997. From my readings juga during wet season saiz Tonle Sap ni boleh bertambah 2x ganda dari saiz biasa dia semasa musim panas. Besar tak besarlah kan? 

Perjalanan ke sana agak rough sedikit, ada setengah jalan masih tak properly berturap dan berhabuk. Jarak from city taklah jauh mana. About 1/2 hrs drive kot. 

Dalam perjalan ke sana, boleh lihat suasana perkampungan di Cambodia. Memang sedih melihat kesusahan hidup mereka. Takde proper sambung paip air mahupun sewerage system yang sistematik. Even kami terserempak dengan kanak-kanak balik sekolah berkaki ayam dalam keadaan panas terik 34 darjah celcius. 

Okay, not much to talk about, kesahnya member saya dah sampai jetty bot tu dia tak nak tour Tonle Sap. Hati agak ralat tapi takpelah, takde rezeki lain. Mungkin buat sesiapa yang ingin pergi boleh la tengok dengan lebih lanjut kehidupan rakyat cambodia dan share pada saya.









War Museum 

Setelah tak jadi ke Tonle Sap, kami pun tuju ke War Musuem. 
Entrance Fees USD5, tempat pun tak luas mane pun tapi penuh dengan pokok pelam bergayut-gayut. Tengok pelam panas-panas tu, memang sedap rasanya buat makan kan? haha. 

Basically, it is a small museum with some old stuff of the war, destroyed tanks, mines, missals and grenades. Tour guide inside here pun free, you learn more about Cambodia here. 









Hard Rock Cafe, Angkor

 Terletak di King's Road, Angkor. Location dia betul-betul dihadapan old market, just across the river. If you are one of the many collector of HRC tshirt, so it a must place to go for you. Tapi lanyard takda pulak jual. Dah shopping punya shopping, hujan lebat pulak, end-upnya kami bertapa la di dalam HRC. Dapat berkenalan dengan Jackie, staff HRC. He suggested us to tried Amok. Of course setiap tempat mesti ada makanan menarik. Jadi memang kenalah tanya local about this. 

Sebenarnya banyak kami sembang dengan budak Jackie ni. Umur pun baru 24 tahun. Dari kos sara hidup, expenses, cuaca, culture semua sesatu saya tanya dekat dia. Dekat sana minimum wages around 150usd and dia to our surprise dia sedang sambung degree as law student kot. How hard the situation kan? 




Old Market and Night Market

Kami tinggalkan Jackie di HRC dan menuju ke Old Market and Night Market, Okay sebenarnya setiap malam kami ke sana. Cuci mata sikit dekat tempat tumpuan pelancong. 

You should try minum air jus buah dia. Sedap pekat. USD1 sahaja. Tapi ada jer kedai yang jual tak sedap dan cair sangat. Jadinya nak beli ni ikut cuba nasib je.



Kami try makan pancake, banana nuttela. hmmmm. yang ni memang tak berapa sedap lah, so after that kami memang takde la nak makan benda tu lagi.


Oh ya, dekat night market ni memang takde banyak food streets yang boleh saya cuba. Selection tak banyak and rata-rata jual benda yang sama. 

But, kami cuba Magic sticks ice-cream. Alaaa yang femes nauuu nauu kat Malaysia ni.  Tak payah la korang nak cuba-cuba makan. Overrated sangat. USD2 each and rasa dia sangatlah so-so. So takpayah.




Ape lagi eh? Okay souvenir kat sini pun boleh tawar half from diorang tawarkan. 
Biasalah diorang letak mahal, then ko nego cheap-cheap lah.  Yang bestnya dekat old market ni, kami dapat fridge magnet 2 for USD1. 





Cambodian Cultural Village 

Okay, tempat ni dalam Day 2 itinerary. We start off late, sebab hari tu tuktuk driver kami nak pegi solat jumaat. So we started around 3 macamtu. Dalam tu kirenya macam Taman Mini Melaka tu, cumanya yang menariknya ada traditional dance performance. Dari rumah ke rumah ada show yang saya rasa menarik. And ada the biggest event highlight, biggest showlah kiranya. You learnt more about Cambodia here. Dekat tripadvisor banyak negative review, but i somehow rasa kurang setuju sedikit la. Tempat dia menarik, cuma dia cakap dalam bahasa dia lah. So kami buat paham kami la. Tourist pun tak banyak dalam ni, banyak locals. 











Angkor Wat, Ta Prohm, and Bayon Temple 

Actually nak pergi masa second day, tapi due to tecnical mistake dalam plan kami, still dapat la pergi ke highlight of the visit kan!! 3 temple je kami sempat pergi. 

Pergi ke Angkor nak tengok sunrise.... Sunrise tak adaaaaaa

Kesahnya, sunrise hari ni tak berapa nampak la, tahu-tahu terang terus. Ramai juga la sunrise seeker yang dah cacakkan dslr segala bagai hampa. Pukul 6 a.m. dah panas bedeting. Bawa la air berbotol, breakfast sendiri bila di sana. Lagi mudah. Memang kami naik atas Angkor tu, then buka bekal makan. Confident mesti tinggi. Tourist lain tengok je. 

No further explanation needed kot. Tempat dia simply to me memang menarik perhatian saya. If you like to explore this kind of place. 

And the most favorite ialah Ta Prohm or Tomb Rider Temple. 
Memang jauh dalam hutan kot. Menapak 10 minit ada gak. Still untouched and almost taken over by nature. Lama juga kami kat sini, siap buka bekal kali kedua makan, sambil sembang and enjoying the view. Tepi celah runtuhan pun kami leh layan makan. haha. Dasar gemok. 

Suhu memang lebih panas compare to Malaysia sebab sekarang dry season. So prepare apa yg patut yer. Pakai kasut selesa, baju serap peluh, topi, bekal semualah. 

And by afternoon, pukul 2 or 3 p.m. dah settled. 

6 a.m. 



Bayon Temple




Tomb Rider Temple









Phare, The Cambodia Circus 

Kami tengok Phare ni during our last night here, and is a must show to watch! okay bukan ada animal lompat-lompat tu ye. Nama je circus, tapi dia sebenarnya performing arts show. Start at 8 p.m, daily.  Semua cast dalam ni adalah dari Battambang, a city nearby Siem Reap. Tujuan ditubuhkan Phare ni untuk kids, teenager of Cambodian melupakan kesusahan hidup mereka and express life through performing arts. 

Banyak video yang record dekat sini, gambar sikit je. Tapi kalau nak tengok more, korang boleh search dekat ig about them. At the end the show, mmg kami bagi standing ovation lah. Superb. 
Tempat ni cepat sold out, better beli early during the day, and by 7.30 p.m. tercangaklah korang depan pintu untuk memastikan korang dapat seat paling best. 










Cambodian foods 

Okay dekat sini kami memang bawa roti, biskut, milo, Brahim semua sendiri. Jimat. Kami cuma makan dekat luar sekali sahaja sehari. Makanan kat sini consider expensive jugak la compare to Malaysia. But, kami nak rasa gak makanan locals. 

Kedai makanan halal, boleh cari di area masjid. Or kalau leh cari tuktuk driver muslim or tak muslim pun rasanya dia leh paham. 

Kami makan di Family Muslim Restaurant and Cambodian Muslim Restaurant. Jarak pun tak sampai 100m from each other. Price wise is affordable. 

Try la makan Lembu Naik Bukit, Amok Chicken and Soup traditional Cambodia yang aku tak ingat nama. Sedap memang sedap. Tak tipu. 

Untuk dua orang makan usually tak lebih dari USD 15 depends kepada tekak memasing. haha. 


Amok Chicken

Lupa nama. hehe. 


Daging lembu naik bukit - 2 org makan USD 7.50

Lembu dah naik bukit. hehe.

Nasi goreng - USD 3.50


Untuk cari mineral water, banyak convenient store dekat sana. Air mineral Kulen so far air mineral yang betul. Jangan terkejut harga kt sana mahal. Kadang setengah benda Europe lagi murah. haha. 



Mode of transport and other tips

Sepanjang dekat sana memang naik tuktuk jer. Hari pertama tu rasa tertipu sikit la, USD17 for one day tour, tapi bila sampai hotel dia mintak lagi USD4. Terus esok tak nak dengan kau. Emo semacam. haha. Then kami cari through Fb je, mereka ni adik beradik, semua bagus. Yang driver kami ni nama dia Maliki. Pernah duduk Malaysia 8 tahun. So senang nk cakap bahasa, nak tanya pasal makan. And punctual betul. Janji pukul 5 a.m, pukul 5 tepat dah sampai. And some more, dia bagi kita face mask, and air sejuk. Setiap kali kuar temple ke, mana-mana la. Naik je tuktuk dia, ada air untuk kita. Compare dengan first day tuktuk driver tu, langsung tak membantu. 

Maliki charged us, one day USD15, pegi la mana ko nak dia akan bawa. Dia tak hilang macam setengah driver. Kalau dia kate dia tunggu kt situ, dia tak de gerak ke mana-mana. Jujur sangat. 
And dari hotel ke airport for last day hanya USD5 utk dua org. Jauh gak tau. Bayaran pun dia amik on last day kami kat sana. Semoga murah rezeki Maliki ye. Kalau sesiapa nak contact dia boleh drop comment. Saya bagi no dia. 



Another tips, tukar sikit duit riyel mereka, tak banyak pun tak ape. Janji leh la guna on certain things. And pecahkan duit sesiap. Kat sana bagi notes USD50 yang baru diorang memula dah pelik, notes baru diorang tak pernah tengok kan. Penat gak nak convince diorang ni. Tukar siap-siap kat Malaysia. And rajin-rajin bagi tips dekat doorbell, pengangkat beg or even driver korang yang tolong korang. Life kat sana susah. Kita tolong sikit pun jadi la even kita pun bawa duit cukup-cukup kais kais. sobs. 

Simcard saya beli keluar je dari arrival hall tu dah melambai diorang panggil. Beli bole tak beli pun takpe. Tapi beli la just in case nak call driver ke, nak call hotel ke masa kt luar nanti kalau ada pape hal. Murah je. Data 1GB = USD3. 

Hotel pulak, saya stay di Malika D'Angkor. Cantik dan murah, saya managed to get RM70 per night. Kat Siem Reap ni, mewah hotel, memang banyak sangat leh di pilih. 



Tips lain yang saya dapat daripada local, bulan 11-12 adalah peak season dan sunrise paling cantik adalah pada masa tu, Tapi kene consider jugak musim hujan kan. Sepanjang kat sana, asal petang je hujan. 

Total expenses di sana, untuk groud transport, makan, minum, sourvenir ialah RM600, tak termasuk ticket flight dan accommodation. Dekat sana memang mahal kiranya. For ticket flight, kami beli sebulan sebelum tarikh travel menaiki AirAsia. Flight ticket termasuk hotel saya bayar RM269 untuk 4D3N. 


To sums up, 
i enjoyed Siem Reap. Sangat unique, sebab tu dia dapat TripAdvisor 2015 Travelers' Choice #2 Destination. But kalau awak tak suka history, culture, panas, and gemar bershopping then this not the best place for you. People go for travel for so many reason kan? 


So thats all, till then.