Monday, January 9, 2017

Trip ke El-Nido, Palawan Philippines



MABUHAY PHILIPPINES!



 Palawan memang Maganda!

"All you need from a beach is white sand, turquoise clear water, and pure perfection. 
Luckily, Palawan has you covered!"


IWJ telah selamat menjelajah bumi Filipina bersama rakan-rakan. Kalau sebelum ini saya ke Lombok melihat pantai yang cantik, misi jelajah pantai-pantai yang cantik di Asia Tenggara diteruskan pada 2016. Maka, di antara banyak negara yang mempunyai pantai yang cantik dan destinasi yang kami pilih ialah Philippines.

Saya berpeluang untuk ke Manila the capital of Philippines and Palawan, named as the best island in the world by numerous travel magazines.

Betullah apa yang saya baca di dalam blog dalam dan luar negara, bahawa Palawan adalah Pantai paling cantik di dunia. Saya memang tak nafikan langsung! 

Palawan memang kurang dijejaki oleh rakyat Malaysia berbanding Cebu atau Boracay. Tapi saya percaya nama Palawan sedang meningkat naik among Malaysian. Pada mulanya sukar juga mencari info, mujur ada tips saya jumpa dari BBM yang telah banyak membantu saya. Selebihnya saya banyak mencari di google, youtube dan sebagainya untuk lokasi menarik dan aktiviti yang boleh kami lakukan di sana.

Akhirnya setelah setahun menunggu, selepas membeli tiket semasa Airasia Free Seat, sampai juga kami ke Palawan. 

Ini adalah self-diy trip bajet ke El-Nido, Palawan berbekalkan duit kurang dari RM1000 dari Malaysia.

tapi sebelum ke masuk ke intro Palawan kami singgah di  MANILA. Di Manila kami menginap 1 malam sahaja sebelum keesokkan harinya kami menaiki flight ke Puerto Princesa (PPS). Kami tak dapat nak menjelajah banyak kawasan di Manila.

Kami sempat la meronda-ronda di kawasan Rizal Park sebelum hujan datang menderu-deru sampai terpaksa kami tunggu selama beberapa jam sampai hujan reda. Setelah hujan reda kami teruskan aktiviti bersiar-siar di kota Manila walaupun hari dah malam.

Kami singgah di Hard Rock Cafe Makati dan Starbucks Makati berhampiran untuk beli ole-ole. Sepanjang berada di Manila kami menaiki Uber, UV Van, jeepney dan bas sahaja. Yang bestnya cost pengangkutan di sini murah. Kalau ada yang rajin tengok video saya, saya ada selitkan video transportation yang kami naik di Manila.

Before saya ke Manila, rakan saya dari Manila ada berpesan jangan sesekali naik metro/train di Manila kerana pick pocket risk sangat tinggi, lagi pun yang pergi pun 4 perempuan. So, saya ikut pesan kawan saya dan stay out of it. Alhamdulillah sepanjang di Manila dan Palawan semuanya okay. 

Drenched by the rain, we explored just tiny bits of Manila before we headed to Palawan.

Tip:
Pastikan anda datang ke Palawan di musim yang betul, jauhi musim typhoon kerana risiko untuk awak tidak dapat ke pulau dan hujan lebat adalah tinggi.


WHERE IS IT?

As been said earlier, Palawan named as the best island in the world by numerous travel magazines, so it was our reason to visit this island. Palawan banyak pulau-pulau yang menarik dan cantik. Ada 2 major tourist attraction which is El-Nido and Coron. 2 different places and far from each other.  So on this trip, we went to El-Nido, Palawan.




TRANSPORTATION

Going to El-Nido:

Dari Malaysia, kena ambil 2 flights + 1 van ride untuk sampai ke El-Nido. Sebab itu, dalam itinerary di bawah kami bermalam di Manila. Yela, alang-alang dah sampai Manila, tak salah rasanya kita jenguk apa ada dekat Manila. 

Kedua-dua flight kami adalah dengan menaiki Airasia yang kami beli semasa promosi Free Seat tahun sebelumnya. Cuma flight pulang ke Malaysia kami dapat merasa naiki Cebu Pacific. Dan jangan tanya harga ticket, kami beli time tu main bedal je takde research before beli, total time tu tak sampai RM 100 untuk semua. Tapi bila dah do some research kami terpaksa extend trip kami lebih beberapa hari, and total flight cost tak sampai RM 300. 

Flight dari Kuala Lumpur ke Manila mengambil masa lebih kurang 4 jam, manakala flight daripada Manila ke Puerto Princesa (PPS) mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tapi here's the catch, walau anda sudah sampai ke Palawan, tapi anda masih belum sampai ke destinasi yang anda impikan. Panjang perjalanan nak nampak laut.

Seterusnya, kami menaiki pula van selama 5 jam daripada airport terus ke hotel kami di El-Nido. So total masa perjalanan ialah 4 jam flight (KUL-Manila) + 1 jam (Manila - PPS)  + 5 jam (PPS - El-Nido) = ?? ... dan jangan lupa, flight transfer in between flight sebab tu saya tak letak total hours. Jauh Palawan weh.

Tips: 
Ada 2 cara untuk ke El-Nido daripada PPS. 
1) Fly from Manila to El-Nido melalui penerbangan air-swift
tetapi harga tu tak mampu untuk kami yang travel secara bajet ni, so kami pilih; 

2) menaiki Van/Bas ke El-Nido. 
Perkhidmatan van banyak disediakan diluar terminal airport dengan kos sebanyak PHP500 (return) per person. Seperti biasa, kebiasaanya, van akan tunggu sampai penuh barulah boleh bergerak ke El-Nido. Dan kebiasaanya van akan hantar terus ke hotel yang anda duduki, jangan lupa simpan resit untuk digunakan semasa pulang nanti. 

Manakala bas, kosnya lebih murah dan sesetengah operator bas ada menyediakan perkhidmatan wifi di dalam bas. 

Maklumat lanjut di laman elnidopalawan atau goseasia

3) perjalanan dari airport ke El-Nido melalui jalan yang ada setengahnya tidak rata (semasa saya pergi) dan berliku-liku. Sakit tengkuk semua ada. Preparelah air, snacks before naik van. Dan sepanjang perjalanan line phone sangat limited. 



Around El-Nido:

Memandangkan hotel kami bukan di town El-Nido, kami mengunakan tricycle as our mode of transportation.  Pada hari pertama kami disini kami mengenali JR pemandu tricycle kami, daripada JR kami terus menggunakan perkhidmatan sepanjang kami disana. JR sangat baik, dia charge kami mengikut harga yang kami rasa sepatutnya kami berikan pada dia. Melalui JR juga kami booking trip Island Hopping kami di El-Nido. 

El-Nido adalah pekan yang sangat kecil, so tak susah untuk berjalan kesana-sini. 


BEST TIME TO VISIT

Melalui pembacaan saya melalui blogwalking, the best time untuk ke El-Nido ialah dari bulan December to May. Dari bulan Dec - March cuacanya just right —not too hot, not too cool. Manakala bulan April - May cuaca lebih panas sedikit dan boleh juga ke sana. Dan jangan lupa check cuti panjang di Philippines adalah semasa Holy Week (Easter) kebanyakan rakyat Philippines akan bercuti panjang dan keluar bercuti. 


ACCOMMODATION

Di El-Nido kami tinggal di 3 malam di Citrine Lodge Hotel di kawasan Pantai Corong-corong. Hotel telah kami booking melalui Airasiago.com. Pantai Corong-corong tidak jauh dari town El-Nido dan lebih tenang kerana tiada pub. 

Manakala. di PPS kami hanya 1 malam di Tenzai Pension House. At Tenzai, the housekeeper was kind enough to allow us to use their kitchen for us to cook. Dapatlah masak nasi tomato instant. haha. 

Tips: 
Lebih baik memilih tinggal dikawasan El-Nido town untuk menjimatkan kos transport. Tapi sedikit bising kerana banyak pub. 


ACTIVITIES

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di El-Nido. Kalau kena masa dan duit poket memang nak buat macam-macam. Antara aktiviti yang ada di El-Nido ialah:
  1. El-Nido Zipline
  2. El-Nido via Ferrata (click link)
  3. Island Hopping A, B, C & D
  4. Nacpan beach trip 
  5. Underground River (bukan di El-Nido tetapi di area Sabang, 4 jam dari El-Nido dan 2 jam dari PPS) 

Untuk kami pulak, kami hanya dapat cover El-Nido Zipline (one-way). The zipline is about 950 meter across from mainland to the other small island. Seronok menaiki zipline ni, pemandangannya cantik, dan untuk one-way kami akan berjalan pulang melalui kawasan pantai.



Untuk Island Hopping pula kami memilih Tour A dan Tour C sahaja. Semasa membeli tiket flight setahun awal, kami tak tahu bahawa bulan Ogos adalah musim typhoon di Philippines. Ada beberapa pelancong kami jumpa sebelum kami tidak dapat melakukan aktiviti Island Hopping kerana laut sangat bergelora. Nasib kami sangat baik ketika kami sampai disana, cuaca mulai baik.



Most of the tourist recommended to take Tour A and C, yup, I must say it is true! Jangan missed kedua-dua Tour A dan C.

Island Hopping di El Nido sangat berbeza dengan Island Hopping yang saya pernah pergi samada di Malaysia atau di Thailand, sebab tu anda wajib ke sini.

Menarik di Tour A adalah lagoons. Terdapat kawasan lagoon di antara pulau-pulau membentuk kawasan landai yang cantik. Anda juga boleh menyewa kayak di Big Lagoon. Memang tak rugi langsung! Manakala di Tour C, bagi saya highlight dia ialah berenang ke Hidden beach. Memang mencabar, untuk ke sana anda kena berenang dari boat ke kawasan beach yang tidak boleh dimasuki oleh boat.

Island Hopping di Palawan bukan hanya snorkeling semata-mata, setiap pit-stop Island Hopping ada aktiviti lain yang kita kena buat, contohnya menaiki kayak untuk melihat kawasan lagoon dan gua, berenang ke kawasan pantai, jalan kaki masuk celah batu dsb. Keindahan pantai-pantainya memang sangat tak dinafikan, pelbagai warna biru laut boleh dilihat. Crystal blue, turquoise, deep blue, all shades of blue are there. Subhanallah sangat cantik.

Tips: 

Better to take 2 ways Zip-line rather than 1 ways. Either way the view still outstanding. 

Tour A :
Sila bawa PHP 300 untuk menyewa kayak (2 orang) di Big lagoon
Highlight: 2 lagoons 

Tour C : 
Highlight: Hidden beach dan secret beach tapi kalau air bergelora tak boleh ke secret beach kerana lubang gua tertutup.

Jadi untuk yang takut-takut untuk snorkeling, you have to prepare yourself and don't worry ada boat guide yang sentiasa tolong kita.







FOOD 

Untuk makanan sepanjang disana, terus terang even though kami bawa duit bekal untuk makanan, kami langsung tak makan dimana-mana kedai yang ada disana. Amat susah mencari makanan halal di Philippines, so daripada Malaysia kami dah prepare 2 kg beg makanan instant seperti Brahims, Sharifah, kicap, roti, maggi and 3 in 1. Di Palawan, susah nak jumpa orang Islam, jadi terpaksalah kami prepare makanan untuk hampir seminggu kami disana. Kami ada dapat tips from a few Malaysian yang telah kesana, contohnya ada orang yang sudi masakkan makanan untuk mereka secara berbayar tapi lokasi tempat tu saya pun tak berapa paham sangat, we decided that, its much easier for us to just bring foods for this trip. The only things we buy disana ialah air mineral and some juice blended drinks.  But, if you guys are a non-muslim, there's a lot of cafes and seafood restaurant along the beach that you can eat.

Di Island Hopping juga, kami bawa makanan dalam tin, sambal ikan bilis kami sendiri cuma kami hanya ambil nasi putih, buah-buahan dan air coke sahaja. Mungkin boleh bawa aluminium foil dan minta mereka masak ikan dahulu sebelum masak pork, cumanya berdasarkan pemerhatian saya disana, kebanyakan local masih belum mengenali Islam. Jadi mereka kurang pendedahan mengenai ini, bagi mereka ialah no pork sahaja, kerana hidangan island hopping mereka memang sediakan pork and mereka masak di atas boat. Jadi langkah yang senang kami ambil ialah, prepare makanan kami sendiri.

Berikut adalah full itinerary sepanjang kami berada di Palawan.



EXPENSES BUDGET

Berikut ada total expenses budget kami di sana tidak termasuk cost penerbangan. Itu pun masih berbaki, kerana kami tidak membeli sebarang makanan disana. 



Other tips:

  1. As the time I visited El-Nido, there is NO ATM around El-Nido town. Make sure to bring enough cash. 
  2. Domestic airport tax perlu dibayar sebelum check-in dan sebelum masuk ke departure hall di Puerto Princessa Airport before going out from Palawan to Manila. Ada kaunter yang disediakan. Advisable untuk menyediakan wang secukupnya. 
  3. Selain Airasia, Cebu Pacific Air juga ada menyediakan penerbangan ke Palawan dari Manila. 
  4. Daripada Puerto Princessa juga ada flight ke Cebu, mungkin boleh teruskan trip anda ke Cebu dan seterusnya. 
  5. Untuk souvenir, saya dapati harga lebih murah dan pilihan lebih banyak di Puerto Princessa berbanding di El-Nido. 
  6. Rancang perjalanan sebaiknya, kalau tak mahu bermalam di Manila, make sure gap in between flight anda lebih daripada 3 jam kerana anda perlu bertukar terminal antara International dan Domestic. Dan menurut pengalaman saya, kesemua flight yang saya naiki sepanjang trip ini delayed almost 1-3 hours. 
  7. Perkhidmatan bas transfer ada disediakan secara percuma antara kedua-dua terminal International dan Domestic di Manila. Boleh bertanya di staff airport, atau cuba cari signboard Flight Transfer. 


Gambar sepanjang di Palawan

Manila

Manila






Marimegmeg Beach - Sunset watching and El-Nido Zipline


Small lagoon

Big Lagoon

Big Lagoon

Big Lagoon



7 Commando Beach

Hidden Beach - Perlu berenang untuk ke sini. Laut sangat bergelora. Rasanya dah puas sauk, tak sampai-sampai pulak. haha.
Hidden Beach



Talisay Beach, tempat lunch
 


Phil Chandory boatmates 


Sunset at Marimegmeg Beach

Video sepanjang trip kami



I hope this post give you as many details in what you need to know about Palawan. Rest assured that you will have the best memories here. 


Crown as the Best Island in the world as the turquoise waters turn a deeper and deeper blue, PALAWAN beauty is just waiting for you to discover!

Signing off. 

No comments:

Post a Comment