Monday, July 25, 2016

Travelogue : Bangkok, Thailand

Sawasdee Ka!

Yahh inilah post berkurun lamanya baru nak update dalam blog. Pemalas nak type jangan cakap sampai nak setahun baru datang seruan nak tulis travelogue Bangkok ni.. *slap*

Okay antara negara yang saya diberikan rezeki untuk jelajah ialah bumi Bangkok, Thailand. 

Sabai-sabai

TRAVELOGUE BANGKOK 
29 Nov - 1 Nov 2015





Secara jujurnya, suasana di bandar Bangkok adalah hampir menyerupai suasana di tengah bandar KL. Mungkin bahasa dan penduduk yang berbeza, tetapi kesibukan, pencakar langitnya hampir menyerupai KL.

Berikut adalah tempat menarik yang saya kunjungi sepanjang berada di Bangkok berserta tips. Banyak info yang kita boleh dapat di internet mengenai Bangkok, so di sini mungkin saya hanya share a few other info based on my experiences only. 

1. Shopping Mall

Haha. Memang banyak shopping mall di Bangkok, boleh la pilih nak macam mana. Antara yang sempat saya pergi ialah Siam Paragon, MBK Centre dan Platinum Mall sahaja. 

Siam Paragon dan mall sekeliling memang cantik, saya ke sana masa malam pertama di sana. kira macam kt Malaysia ni umpama kawasan Bukit Bintang. Sediakan duit jelah. haha.




Yang menariknya kalau anda jalan ke arah Hard Rock Cafe Bangkok pada waktu malam, banyak peniaga akan buka booth diorang selepas pukul 9 malam di kawasan kaki lima. Meriah. Dan harga pun agak berpatutan. So kirenya kalau nampak terus jelah beli. 

Di sini, saya beli passport holder. Murah tak sampai RM10 tau. Color semua banyak, boleh customize nama dan tag nama. 




MBK Centre pulak saya ada beli accessories phone, macam casing dan tempered glass. Harga? not that cheap ~ but still boleh nego-nego. Dekat MBK ni ada kedai makanan halal yang saya jumpa, memang famous iaitu Yana Restaurant. Masuk kedai ni semua rata-rata orang Malaysia. Maaf takde gambar, mungkin masa tu lapar sangat handphone semua kemana tah. Tapi boleh google info. 



Platinum Mall pulak banyak baju-bajuan, pakai-pakaian, tshirt-tshirtian yang anda boleh beli secara borong. Pegi sana memang tak ingat jalan keluar la rasanya. haha

2. Hard Rock Cafe Bangkok

As collector memang lokasi wajib pegi. Nak ke sana hanya perlu naik BTS stop di BTS Siam dan berjalan lebih kurang 10 minit. 



3. Chatuchak Weekend Market

Ni la tempat memula fikir masa nak ke Bangkok. Yelah tengok orang pegi sana macam seronok je. 
The 35-acre (68-rai) area of Chatuchak is home to more than 8,000 market stalls. On a typical weekend, more than 200,000 visitors come here to sift through the goods on offer. 

So bila pegi sana memang high expectation sikit la kan kengkonon nak beli baju la, palazo la, cardigan la berbakul-bakul. Ni pengaruh instagram la ni. Ghopenya...banyak baju dekat sana, cuma bukan baju yang saya nak la. Rupanya dekat Platinum Mall la yang banyak. 


Tapi dekat sini, saya banyak shopping bags, barang-barang rumah memang menarik! So sesiapa nak barang-barang rumah, beg2 kecil2 comel-comel boleh la sediakan duit je. haha. 






Dekat sini juga street foods heaven. Semua makanan local thai ada. hmm kitrg pegi memang kenyang makan je. 

Kedai makanan halal pulak senang di jumpai. Memang sedap. 





4. Khaosan Road


Saya ke Khaosan Rd untuk berjalan ronda-ronda, pada pendapat saya tak banyak makanan halal yang saya jumpa di sini, tetapi kalau nak cakap coconut ice-cream dia memang murah, sedap dan berbaloi-baloi.


Disini juga ada terdapat banyak money changer, urut refleksologi, dan kedai menjual cenderamata yang menarik. Harga memang murah dan tak jauh beza dr Chatuchak market.

Banyak travel agent yang menawarkan pakej-pakej ke tempat menarik di sekitar Bangkok. And saya dapat pakej yang menarik untuk ke Kanchanaburi after berjalan-jalan di Khaosan Rd.









5. Kanchanaburi

Kanchanaburi adalah highlight of my trip! okay ni memang looking forward sangat nak pergi. 
Cuma masa je tak mengizinkan untuk stay lama sikit.

Out of many malls in Bangkok, I preferred more to this kind of places. Saya memang tertarik melihat sejarah yang ada di Kanchanaburi. 


Penat cari info mengenai cara-cara untuk ke sana sebab kebanyakan orang yang ke sana akan bermalam. Ada banyak cara untuk ke Kanchanaburi, sama ada menaiki train di Thonburi Station, Bangkok ke Namtok ataupun menaiki bas di southern terminal bus ataupun menaiki minivan di Mochit Bus Station.

Saya ke Kanchanaburi dengan mengambil package di Khaosan Road. Ini pun kebetulan je, terjumpa dan murah lebih kurang 700 bath untuk sehari perjalan ke Kanchanaburi. 

Kami perlu berkumpul di Khaosan Rd dan van bertolak seawal pukul 7 pagi kerana perjalanan ke Kanchanaburi mengambil masa kira-kira 3 jam. 

Pakej ini includes: 
1. Kanchanaburi War Cemetery
2. War Museum 
3. Berjalan di Bridge on the River Kwai
4. Menaiki 1 jam train dari River Kwai Bridge to Nam Tok 
5. Air terjun Sai yok
6. Makan tengahari

Cuma saya tak dapat berjalan di atas particular track section of Death Railway seperti ramai pelawat yang datang ke sini. Saya hanya dapat melalui hanya di atas train sahaja. 

Kanchanaburi ni memang terkenal dengan sejarah landasan maut (Death Railway) yang banyak mengorbankan ramai POW (prisoner of war). Mereka telah dikerahkan untuk membina landasan keretapi Burma-Thailand ini. POW ini terdiri daripada banduan perang dari Thailand, China, Burma, Malaysia dan beberapa negara Asian. 

Kalau nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah ini, boleh google dengan lebih details lagi. 

Antara gambar ni sana. 










Berjalan end-to-end di Bridge on river Kwai.




1.5hrs train ride from Bridge Kwai ke Namtok

Sepanjang perjalanan disajikan dengan view countryside Thailand




Batu yang di carve sendiri oleh POW 


















At the end of the trip, we managed to get this certificate.


Sai Yok Waterfall (kami tak mandi pun sbb air macam keruh plus memang takde bawak baju)


Video di Kanchanaburi




Okay, saya rasa cukup ringkas pengalaman saya ke Bangkok. Banyak tempat menarik di Bangkok yang boleh dijelajahi berdasarkan masa dan minat masing-masing. 

. . . . .

Untuk TIPS & INFO uat rakan-rakan yang ingin ke Bangkok. Tips ini sekadar info saya kutip dari pengalaman saya berada di sana: 


1. Simcard - kalau anda ingin membeli internet di Bangkok, saya cadangkan untuk membeli simcard di shopping mall kerana harganya lebih berbaloi murah daripada harga yang ditawarkan di airport. 

2. Sebelum menaiki teksi, bertanyalah dulu estimated fares untuk ke destinasi anda tuju. Kalau mahal ang keluar ja! Untuk mengelakkan kena tipu standby la waze dekat phone anda. 

3. Harga naik tuk-tuk saya dapati lebih mahal dari menaiki teksi. Sebagai contoh, menaiki tuk-tuk dari MBK Mall ke Khaosan Road adalah 2 kali ganda harga teksi ke destinasi yang sama. Dan harga itu hanya untuk sorang sahaja. 

4. Thailand mempunyai transportation system yang hampir dengan Malaysia. Baik BTS, SRT dan sebagainya adalah hampir sama dengan jaringan LRT atau Putra Malaysia. Jadi takda masalah untuk kita memahami sistem transportation mereka. Dan adakalanya harga teksi jauh lebih murah berbanding harga menaiki train. Mungkin kerana sesetengah destinasi saya perlu menukar train dsb, menaiki teksi jauh lebih cepat dan murah. I dont know if i am lucky or what...

5. BTS Mo Chit - semasa saya ke sana semua machine di sana hanya menerima duit syiling sahaja menyebabkan ramai yang terpaksa beratur panjang menukar duit di kaunter dan kemudian ke machine semua untuk membeli tiket. 

6. Kalau ada masa yang panjang di Bangkok dan ingin ke Kanchanaburi saya cadangkan untuk bermalam di Kanchanaburi dan merasai pengalaman bermalam di hotel di atas sungai sambil menikmati sunset yang lawa pada harga yang murah. Saya cadangkan juga untuk korang melawat ke Hellfire Pass dan Erawan waterfall.

7. Kalau nak tengok sunflower boleh la pilih tiket flight antara pertengahan December hingga ke Januari kerana semasa bulan ini, sunflower tengah full bloom.

8. Kalau semasa shopping tak nak barang-barang tercicir sediakan beg yang besar, luggage bawak terus pun takpe.

9. Sepanjang di Bangkok, memang saya memilih untuk tak melawat temple atau river cruise di Bangkok. Its purely based on my preference and interest. 

Pemandangan dari hotel tempat rakan saya menginap di Kanchanaburi

. . . . .




My Bangkok travelogue stops here. 
Kalau ada rezeki nak ke Bangkok lagi soon! 

Till next entry!

*where to go next?*