Friday, February 10, 2017

Pengalaman di Istanbul - Travelogue Turkey


The magical meeting place of East and West. You are in for a real adventure as this is a fascinating place to go. As the once heart of the Ottoman, Roman, and Byzantine empires, today the fast pace of Istanbul stands as one of the most historically and culturally rich destinations in the world.

Saya jatuh cinta dengan Istanbul! Walau ada je pengalaman masam-masam kelat sepanjang berada di sana (refer post: baggage delayed) , tetapi orang cakap tak kenal maka tak cinta!


Terkenal dengan nama kota Constantinople sebelum kedatangan Islam, dan ditakbir oleh Empayar Uthmaniah, tempat pertembungan antara dua Continent di mana Eropah dan Asia bertemu. 

I love the fact that when I walk down the Istanbul city street, layers of history unfold before me. I love the locals, everyone are kinds to tourist. Semuanya sedap mata memandang. haha. Like many other tourists we explored Istanbul from the sea and instantly enchanted by the beautiful sunset on Bosphorus. 

I never got tired of watching everything that's going on. The ferries, the fishermen, the tram, the locals and the architecture. This is certainly one of the most exciting places in the world. 

You'll never get tired of the history and adventure that fills the city of Istanbul!

Istanbul adalah sangat besar, rasanya beberapa hari di sana masih banyak tempat yang masih belum dijelajahi.



DURATION

Kami berada di Turkey selama 14 hari. Dan kami bahagikan masa kami di Istanbul in 2 parts.

First leg- 3 hari pertama travel in Old Istanbul / Fatih
Second leg - 4 hari terakhir travel in Istiklal / Taksim area

Reasonnya kami nak rasa pengalaman tinggal di kedua-dua tempat yang berbeza ini.


TRANSPORTATION

Di Istanbul, kami bergantung sepenuhnya dengan public transport di sana. Yang menarik di sana, saya rasa jaringan public transport di sana sangat bagus dan tidak sukar untuk ke setiap tempat yang ingin kami pergi.



Kami menggunakan Istanbulkart untuk semua public transport yang kami naiki iaitu metro, tram dan bas.  

Untuk membeli 1 Istanbulkart ialah bernilai 6 TL tapi dalamnya kosong dan anda perlu mengisi topup. Ia boleh dibeli dibooth berhampiran dengan stesyen metro/tram atau tram yang akan dinaiki. Kalau tiada kaunter jualan, ada polis bantuan di sekitar tram yang sentiasa on standby, boleh bertanya mereka dan mereka akan bantu untuk locate booth or local shops yang berhampiran. 

Sedikit info mengenai Istanbulkart:
  • Kalau di Malaysia fungsinya sama seperti Touch n go. Tetapi kelebihanya ia boleh digunakan up to 3 persons simultaneously. So kami beli 1 card untuk kongsi bertiga, dan kemudian masuk touch card, pass card ke orang seterusnya, dan orang last akan simpan card untuk next destination. 
  • Touch card hanya untuk masuk ke tram sahaja. Keluar tidak perlu touch card.
  • Fares untuk tram adalah 2.30 TL ke mana-mana destinasi tram setiap kali anda touch
  • Manakala bus fares adalah mengikut jarak
  • Mesin topup sentiasa ada disekitar tram, jadi tak perlu risau jika perlu reload. 

Tram di Istanbul memang sentiasa penuh dengan penumpang, kalau ke tempat yang jauh misalnya dari Airport ke Sultanahmet, memang sakit jugak lah tumit ni. 

Semasa dalam tram menuju ke Aksaray ada sekumpulan kanak-kanak mungkin dari Syria secara tetiba meluru peluk saya dengan kuat dalam tram. Tergamam dan hampir juga lost balance. Terus cepat-cepat saya pegang poket seluar dan zip beg sandang risaukan kalau ada yg ambil kesempatan untuk seluk.

Memang takde satu pun org Turki dalam tram yang ramai tu bantu (saya tak maksudkan org sana jahat). Saya nak marah tapi masih dalam keadaan tergamam. Kang kalau aku mengamuk kang takut pulak kene marah dengan orang Turki pulak. Banyak kali cuba lepaskan pelukan masih tak berjaya. Setelah beberapa minit baru pelukan berjaya dileraikan.

Kemudian kanak-kanak tu pula cuba memeluk cousin saya yg ada berada disebelah saya ketika tu, terus dia keraskan suara bercakap "NO" terus takjadi kanak-kanak tu nak peluk. Sampai stesen seterusnya diorang semua keluar beramai-ramai siap panjat divider cermin tram yang tinggi tu. Fuhh.

Ape pun, berhati-hatilah di bumi orang. Jaga barang-barang dan diri anda.

Mesin Reload yang ada di tram


ACCOMMODATION 

Seperti saya mentioned sebelum ini, perjalanan kami di Istanbul dibahagikan kepada:


First leg- 3 hari pertama travel in Old City Istanbul / Fatih
Kami pilih untuk tinggal di Old City Istanbul, pada 1st leg travel ini adalah kerana point of interest yang berdekatan. Di Old City, banyak point of interest seperti Sultanahment Mosque, Aya Sofia, Topkapi Palace, Grand Bazaar, dsb. Dan semua point of interest ini berdekatan antara satu sama lain. So kami jimat masa dan cost transport kerana kami boleh berjalan kaki sahaja. 

Di Old Istanbul kami tinggal di Esra Sultan Petrol Hotel yang dikatakan milik rakyat Malaysia. Lokasi sangat strategik di laluan utama dan tidak sampai 50 meter dengan stesyen tram Sultanahmet dan berdepan dengan Masjid Biru / Sultanahmet Mosque. Kami book melalui bookings sahaja untuk satu bilik. 

Dapatlah merasa azan bersahut-sahutan di subuh hari di Istanbul. Dan dapat juga la merasa solat subuh di Masjid Biru. Pakai telekung dari hotel, dah macam budak hostel pergi surau pagi-pagi. Nasib orang sana tak pelik tengok. haha. Rasa tenang sangat duduk area ini, Mungkin kawasan tumpuan pelancong, restoran makanan pun tak pasang muzik dengan kuat jadinya suasana disini amat tenang. Cuma dikawasan tumpuan pelacong mungkin harga makanan agak mahal sedikit. 

Tips:
Cari hotel yang menghadap Sultanahmet Mosque, cantik pemandangan rasanya rugi tak rasa pengalaman tinggal dihotel berhadapan Sultanahmet Mosque/Aya Sofia.

Kedai souvenir di area tram Sultanahmet murah dan banyak. Rasa menyesal tak beli banyak. haha. 

View Masjid Biru / Sultanahmet Mosque from our room


Morning view from our room. 

Tram station Sultanahmet 


Second leg - 4 hari terakhir travel in Istiklal / Taksim
Kami pilih tinggal di sini pulak untuk merasa suasana city moden dan juga point of interest yang berdekatan. 

Di sini, lebih meriah dengan cafe, bookshops, dan banyak shop-shop yang menarik. Setiap lorong yang memang seronok dijelajah seperti houses boutiques, music stores, bookstores, art galleries, cinemas, theatres, libraries, cafés, pubs, night clubs with live music, historical patisseries, chocolateries and restaurants. Di sini juga ada kawasan apartment yang macam Lisa surihani duduk dalam Istanbul Aku Datang. 

Istiklal Road ini memang straight line bermula dari Galata Tower anda boleh berjalan terus ke dataran Taksim. Memang panjang dan sangat penuh dengan manusia. Pukul 12 malam pun kedai masih semuanya bukak. Disini memang ramai dengan manusia, berbeza dengan kawasan Sultanahmet yang lebih tenang, Disini ramai locals dan juga pelancong.

Kami duduk di Hotel bersebelahan Hard Rock Cafe, iaitu Serene Hotel. Berbeza dengan hotel di Sultanahmet yang tram stationnya dihadapan hotel, di sini, saya perlu berjalan kurang 700m dengan stesyen metro berhampiran.

Tips:
Di sini juga terdapat the world's second-oldest subway station. Boleh la merasai pengalaman menaiki tram yang lama ni. 

Istiklal Road


COST IN ISTANBUL 

Berikut adalah estimation of expenses kami sepanjang di Istanbul:

  1. Transport - TL 30 (RM 37) per person using Istanbulkart 
  2. Hotel - TL 50 (RM 60) per night per person
  3. Meals - TL 20 (RM 25) per day. Breakfast in hotel. Dinner and lunch outside. 
  4. Museum Pass - TL 85  
  5. Miscellaneous - TL 20 e.g. toilet entrance fee, audio guide etc.

POINT OF INTEREST

huish...banyak tempat-tempat menarik di Istanbul ni. Antara tempat yang saya list dalam itinerary sepanjang di Istanbul City ialah: 
  1. Topkapi Palace 
  2. Hagia Sofia 
  3. Blue Mosque 
  4. Roman Hipprodome 
  5. The Basilica Cistern and the Heads of Medusa 
  6. Tour around Sultanahmet and Fatih area
  7. Museum of Turkish and Islamic Arts
  8. Masjid Suleymaniye
  9. Dolmabahce Palace Tour 
  10. Galata tower 
  11. Big Horn 
  12. Galata Bridge (makan Balik Ekmek)
  13. Taksim and Istiklal
  14. Historical Tunnel dan Nostalgic Tram
  15. Hard Rock Café Istanbul 
  16. Rumeli Hisari
  17. Spice Bazaar
  18. Grand Bazaar
  19. Buyukada Island (Prince Island)
  20. 2hrs - Short Bosphorus Cruise at Eminönü

Cuma kami tak dapat ke Buyukada Island (Prince Island). Besar cita-cita nak berbasikal di sana, kerana disana tiada kenderaan dibenarkan kecuali kuda dan basikal sahaja. Tapi harapan tinggal harapan, tiada rezeki kami ke sana. Pulau kecil di area Istanbul ni memang cantik dan tak ramai rakyat Malaysia ke sana. Tapi apakan daya, masa 2nd leg di Istanbul cuaca tiba-tiba tak berapa elok. Laut bergelora menyebabkan ferry 2 hari tak dapat kesana. Jadi sesiapa nak ke Istanbul mungkin boleh add dalam anda punya list?



Dan antara tempat lain yang tak sempat kami jelajah kerana kekangan masa ialah The Basilica Cistern and the Heads of Medusa dan Masjid Suleymaniye. 

Manakala, Rumeli Hisari pula, kami dah sampai hanya diluar sahaja. Tempat ni di tutup untuk kerja-kerja konservasi. Sedikit info menarik mengenai Rumeli Hisari merupakan fotress atau kubu yang dibina oleh Sultan Mehmed II atau dikenali sebagai Fatih, the Conqueror dalam strategi menawan kota Constantinople pada ketika itu. 

Kubu Rumeli Hisari ini mempunyai view dan sejarah menarik kerana berhadapan dengan ialah Jambatan Fatih Sultan Mehmet, yang menghubungkan Asia dan Eropah. Dari kubu ini, kami lihat sendiri banyak kapal-kapal besar yang melalui selat Bosphorus. Rugi tak dapat masuk. Tapi ini juga pentanda, petanda dia suruh datang Istanbul lagi ni. haha. 



Rumeli Hisari 


Rasa macam dah panjang sangat ni.

Saya sambung Pengalaman di Istanbul - Part 2 dimana saya akan cerita dengan lebih details pengalaman saya pergi ke setiap Point of interest di Turkey.



Other entry:

Pengalaman di Ankara, Turkey