Tuesday, January 24, 2017

Travelogue: Turkey! Akhirnya, Istanbul aku datang!


Istanbul aku datang!

Nama Turkey memang tidak asing dibibir rakyat Malaysia, terkenal dengan bentuk muka bumi yang cantik, ia juga terkenal dengan satu-satunya negara di dunia mempunyai bandar yang terletak di antara dua continent, kehebatan Empayar Uthmaniah dan era Kemal Ataturk adalah pelbagai perkara yang menarik mengenai Turkey yang kita semua sudah ketahui.


Top with histories dated from Paleolithic and other ancient population such as Anatolian, Byzantine, Ottoman Empire makes Turkey more unique, beautiful and unforgettable.

Untuk pertama kali ke Turkey kami telah pergi selama 14 hari dan dapat menjelajah bandar-bandar seperti Istanbul, Ankara, Amasya, Cappadocia dan Kusadasi sahaja. (Mungkin kalau ada duit lebih durian runtuh bolehlah kita datang lagi)

Travel buddies saya bersama dengan saya untuk kali ini ialah dua sepupu saya. Semuanya kami DIY dan prepare dari Malaysia bersama-sama. Memang tak tidur malam buat itinerary dan bookings. Saya akan kongsikan pengalaman dan tips mengikut bandar yang kami telah pergi untuk lebih memudahkan pembaca blog ini di kemudian hari.

Of its architecture and history, where the past blends seamlessly into the present, from the fast pace of Istanbul to Ankara the capital of Turkey, to calmest and serene town of Amasya, to the endless magical scene of Cappadocia and the stunning seaside of Kusadasi, all have got me stand in awe on hours end. 


Next entry: Pengalaman di Istanbul


p/s: tak pernah bijak menulis intro dengan baik dan menarik