Friday, August 28, 2015

Travelogue: Mesir (Egypt) : Jalan-jalan Zagazig, Alexandria dan Cairo



Update: I visited Egypt again in March 2019! Went to a few new places and I can't wait to update my Egypt adventure! 


Salam dan Hi semua, 

Egypt is one of the countries I visited during my holiday last February. It was short, cold, challenging and historical trip I went.

Egypt has a lot iconic monuments such as the Giza and its Great Sphinx, as well the ruins of Memphis, Thebes, Karnak, and the Valley of the Kings, reflect this legacy and remain a significant focus of archaeological study and popular interest worldwide. Egypt's rich cultural heritage is an integral part of its national identity, having endured and at times assimilated various foreign influences, including Greek, Persian, Roman, Arab, Ottoman, and European.

So bila mana dapat peluang menjejakkan kaki ke Bumi Egypt memang long list la tempat saya nak tuju. Tetapi panjang liku-liku perjalanan kami di Egypt ni. Sangat challenging bagi saya. And banyak juga tempat yang tak dapat saya pergi kerana kekangan masa musim winter. Kebanyakan museum atau tempat bersejarah tutup seawal 4 p.m. and jarak from one place to another tu memang agak jauh disamping masa kami di Egypt ni sangat singkat hanya 4 hari sahaja. So redha, pasrah dan menyerahlah kami. Haha.

Sampai di bumi Cairo, pada pukul 2 pagi tersangatlah sejuk lebih sejuk daripada Amsterdam. Katanya bumi Cairo baru lepas hujan, dan tersangatlah jarang kalau dekat sana hujan. Makanya sejuk gila sampai ke tulang.

Airport 4 a.m. Dead cold. 



Kami ke Zagazig untuk menghadiri konvokesyen cousin. Jadinya, di sana kurang sedikit lah masalah bahasa, sebabnya ada cousins yang boleh la sket2 cakap arab. Sebabnya sepanjang di sana memang susah la nak jumpa orang Arab yang fluent cakap BI.

Dekat Egypt ni saya tak berani sangat nak kuarkan handphone amik gambar sangat. Sebab cousin saya pesan kalau nampak askar ke jangan amik gambar, nanti kene tahan. So saya terus jarang-jarang amik gambar sebab behave and takot sebab askar sana memang merata tepi jalan, kereta kebal pun ada, nak masuk Uni pun askar yang jaga. 

1. ZAGAZIG

Di Zagazig, kami rest kaw-kaw sebab kepenatan flight dari Malaysia ke Amsterdam dan sambung ke Cairo. So one day is rest day la. And kami tak jalan sangat di Zagazig, just pusing-pusing tengok small town and visited their campus.

Kami sampai pada hari Jumaat, masa tu ada sikit rasa pelik. Mana orang-orang Mesir ni, sunyi takde kenderaan langsung. Mungkin macamtu kot. Jalan pun berlalala jer.

Keesokkan harinye, terkejut bila turun dari rumah cousin, awat macam huru-hara ni banyak nau orang, jalan yang kosong pun tetiba rupanya ada kedai-kedai. Rupanya, menurut cousin hari Jumaat orang Mesir tak keluar rumah. Mereka banyak duduk di rumah sahaja dan keluar untuk solat Jumaat sahaja. oooooo.....

Perjalanan dari Cairo ke Zagazig mengambil masa lebih kurang 2 jam menaiki van. Masih menggunakan keldai sebagai mode of transportation, teksi and van pun yang lama. Rasa insaf melihat kesusahan diorang, terbit rasa syukur dengan segala apa yang ada di Malaysia sana even kita tak kaya mana.

Egypt menggunakan Egyptian Dollar atau orang sana panggil Genih. Semasa saya di sana, matawang dia half daripada Malaysia. And yang seronoknya di Mesir, makanannya sedap. Sangat sedap! Kenalah dengan tekak desa saya ni. 






Dari crepe, fruits juice, and foods semuanya sedap di Zagazig. Terus cerita bab makan. Bab makan kau laju!

Antara makanan wajib try ialah Egyptian falafels (or more accurately Ta’amia), Nasi arab, air juice buah-buah blended, air kotak susu pisang (jenama Danone), crepe dan kebab. Nasi Arab dia memang banyak, sepinggan boleh makan 2-3 orang tapi ini orang Malaysia perut confident besar. haha. Tamak last-last tak habis, untung boleh tapau leftover. So tu lah dinner, tu la breakfast kau Izza. 





Takde tesco ke, giant ke, nak beli pape dekat kedai macamni je

Try la rasa. Confirm menyesal rasa Cheese Pate ni. 

  Ta’amia (okay gambar macam hambar, tapi cuba dulu baru tahu)







Cuba baca: The best of Crepe. haha



Rumah di Zagazig.


Lepas convo kami bersiap and meneruskan perjalanan kami ke Alex!


2. ALEXANDRIA

Selepas Subuh pukul 6 pagi, cousin kami dah arrangekan van sewa untuk ke Alex. Van sewa bukan yang macam kat Malaysia ni, cantik-cantik tu taklah, no aircon. Nasib baik kami semua kental. Haha. Bukan tak nak sewa yang elok-elok tapi menurut cousin kat sana ramai yang menipu, in fact memang sepanjang kat sana asik kene tipu je, sampai penat kene tipu ahaha. Kereta sewa yang sepatutnya kami sewa adalah dari seorang Indonesian guy yang dah lama tinggal dekat sana. But sadly, kereta tu accident a day earlier kami sampai, so nak tak nak kene la buat style backpackers di Egypt ni.

Seronok bercerita tentang perjalanan kami. Mana taknya, honking every 2 or 3 minutes tu normal. Rasa nak cabut driver tu punya hon pun ada. Haha. Meludah rasanya setiap setengah jam. Jalan 2 lane boleh jadi 3 atau 4 lane. Seriau rasa. Laju dia jangan cakap.

Then perjalanan dari Zagazig ke Alex took around 3 hours.

So sepanjang 3 hours tu, kami involved dengan minor accidents sebanyak 3x. Sana accident semua cool je, relaks langgar kereta orang pastu orang yg dilanggar pun macam tak kesah je.

Dan akhirnya sampai juga ke Alex.....

Alexandria, the city along the coast of Mediterranean sea is beautiful.

Different from Cairo and Zagazig, it is much cleaner, with better transportation and more peaceful. Our hotel memang betul-betul tepi pantai. Memang lah cantik! Can’t imagine kalau summer macamne keadaan dia. Mesti lagi meriah.









Banyak tempat bersejarah di Alex. 3 tempat iconic yang dapat kami pegi.



The Library of Alexandria


One of the best known libraries of ancient times. Memang nak sangat masuk. Tapi nak masuk ni kene bayar entrance fees yang sangat mahal. Unless awak student awak masuk sangat murah. So kami dapat amik gambar di luar sahaja. Saya paling teruja sekali.

Saya ada satu bucklist untuk singgah ke semua library di semua tempat saya travel.

CHECKED!

For those who love history and monumental architecture, pasti tahu tentang The Library of Alexandria, as it was one of the largest and most significant libraries of the ancient world. Yang ada sekarang ni adalah yang baru, refurbished and di bina semua. Sebab library lama dah terbakar.

Dari Library ni kami having difficulty nak ke destinasi seterusnya, puncanya kami nak naik tram and nak bertanya dengan locals next tram pukul berapa. None of them able to answered us. Even pelajar university alex. Makanya kami jalan kaki buat cara kami sendiri la.

BUCKET LIST seterusnya ialah I look forward to the day when I complete my visit to all Seven Wonders of the Ancient World. Kebanyakan worders of ancient world yang ada dalam buku sejarah memang dah takde. Yang ada tinggal tapak je, and still standing ialah Giza. So dapat lawat tapak pun okay kira suka dia macam lompat bintang! 


The Pharos Lighthouse, now The Qaitbay Fort
(Seven wonder of ancient world, now ruins)


Qaitbay Fort ini dibina di atas tapak lighthouse dan ada sesetangah batu-batuannya mengunakan batu daripada lighthouse dan diguna untuk membina Qaitbay. 




.

Yang ni terletak paling hujung sekali dekat Alex. Kami tak dapat masuk ke dalam ini disebabkan waktu melawat dah tamat. So, kami duduk melepak menghabiskan petang kami tengok sunset. Antara aktiviti lain boleh dibuat di sini ialah dengan menaiki boat and cruising around.

Subhanallah peaceful sangat kt sini. Sambil duduk bersembang, layan udara sejuk, melihat laut Mediterranean. 










The Roman Amphitheater

The Roman Amphitheater we see today in Alexandria was constructed in the 4th century AD and it was a common feature of the Greco Roman period. Amphitheaters were special roofed theaters that were built to host music ceremonies and poet competitions during the reign of the Romans in Egypt.

This amphitheater is consider small as compared to the one in Ephesus (Turkey) and still undergo excavation.



What the Roman left behind












El-Mursi Abul Abbas Mosque

Kami juga sempat la solat maghrib di masjid ni. One of the famous mosques in Alexandria. Dari pembacaan saya masjid ni dibina dari pada tahun 1775. Memang lawa masjid ni. Tapi takde gambar luar sebab gelap.




Okay, bab makan kat Alex atau Mesir, alhamdulillah kedai halal banyak. Cuma yang bestnya, semua tulisan Arab. Harusla sepatah haram tak paham. So order jela anything with chicken ke, beef ke. Haha. Pahtu ada gak order ayam dapat kambing. Telan jela labu. Hahaha. Sepanjang sehari semalam di Alex kami ke sana sini naik van sapu je. Rasa nak turun laung je nanti dia stop. And ada tempat kami jalan kaki sebab tak berapa jauh.

Kalau nak makan dimana-mana kedai/restaurant di Mesir, jangan lupa untuk tengok menu dahulu, kalau tak pamerkan harga, jangan was-was untuk terus keluar sahaja. Tapi cakap baik-baik masa nak keluar tu. Sebabnya kalau tak tunjuk harga dia boleh charge kita dengan harga yang mahal sebab kita pelancong.
Menu ni je yang ada English


Kedai makan GAD. Fast food order kebab.

Tram di Alex

Jalan menuju train station Alexandria.

Berhenti duduk tepi jalan sebab sesat. haha.

Okay, bila berada di Mesir, kita kena hormat budaya dan adat disana. Di Mesir, jangan sesekali mencangkung atau tiba-tiba tali kasut nak ketatkan hang cangkuk betulkan tang tu. Orang Mesir anggap itu rude. So, cari tempat untuk duduk dengan elok dan hormati la budaya tempat kita pergi.

Pakcik ni tunjuk jalan di train station di Alex. 




Sehari je di Alex memang tak puas berjalan. Kami teruskan perjalanan ke Cairo pulak pada keesokkan harinya. Kami memilih untuk menaiki train pada pukul 8 pagi dan sepanjang perjalanan dapat melihat pemandangan country side. Tiket kami telah beli pada hari sebelumnya secara walk-in di train station Alex. Banyak operator train di sini, untuk belian tiket-tiket banyak kami serahkan kepada cousin yang lebih mahir berbahasa arab.

3. CAIRO




Gambar atas ialah pemandangan di dalam Cairo Train Station. 


Kami sampai di Cairo pada pukul 11 pagi. 

Tips ke sini bagpacking ialah untuk fluent sedikit bahasa arab, satu nama jalan dalam bahasa arab semuanya, and kalau sesat nak explain macam mana? And semua jalan di sini lebih kurang sama, some like Zagazig takde nama jalan lagi. Lagi la payah nak locate.

Sepanjang di Cairo kami naik public transport and berjalan kaki je. Berbekalkan google maps.

Nak cari hotel pun berpusing-pusing lama. Naik tren pun sepatah haram kami tak paham lokasi kami. Nasib baik cousins ada. Mujur ada. Kalau takde mmg kering lah kami. Better pagi travel agent atau arrange dengan student malaysia yang ada di Mesir jika hendak bercuti sini. Ada masa tu memang nk mengamuk lah. Sesat lagi, kene tipu lagi, lapar lagi. 

Pengalaman kene spot-check kat train memang agak geram dan menakutkan. Habis barang kami di check satu persatu, even pillow neck saya pun dia tanya apa fungsi dia sbb dia rasa ada biji-biji dalam tu. 

Dari hotel kami ke Giza. Naik train dan kemudian naik van. Dan kemudian di scam di hantar ke pintu yang salah, di tinggal oleh driver, berjalan kaki berapa tah KM, then naik teksi 6 orang sekali gus (mmg lawak) sebab takot teksi driver hantar ke tempat lain pulak then baru sampai depan GIZA!

Kat sana teksi driver kami memang susah nak jumpa yang jujur. Ada yg jujur tp sedikit sangat. Banyak kene tipu adalah.

Inilah bukti, kami berjaya menyumbatkan 6 orang dewasa dalam kereta. Penangan kena scam dengan teksi/van di Cairo. 




THE GREAT GIZA
(7 Wonders of the World)

Masuk ke dalam pyramid Giza ni, di kenakan bayaran sebanyak 80 EGP bersamaan lebih kurang MYR40. Berjalan kaki la kami dari end to end.

We are here! Last surviving wonder of the ancient world!







The Great Sphinx and the Great Pyramids.


Giza sangat besar. Tak tau la. Memang takle imagine diorang siapkan pyramid ni.

Dari Giza kami kembali ke town menaiki bas (setelah trauma ditipu pemandu van) dan menaiki train. Teringin nak tengok Ramses VI at Cairo Museum, tapi apakan daya sampai je museum tutup. Pukul 4 p.m. dah tutup hokey.

Museum tutup


Dinner


Nak river naik Nile river cruise pun cancel sebab cuaca sejuk sangat.

Nak ke Al-Azhar pun dah tutup. Banyak tempat tutup.

So off to Hussein Square (Across from El Azhar Mosque). Or student Malaysia kt sana panggil panggil Pasar Hussein. Almost sepanjang malam kami di sini. Pasar ni terletak di Islamic Cairo, means tempat tua dan bersejarah di Cairo. The square that stretches between the two great mosques of Saidina Hussein and Al-Azhar. Dan kami pun mula merayau-rayau di dalam pasar ni.

Macam maze runner. Pusing ke dalam, nanti kuar dekat tempat lain. A walk through the winding alleys of this labyrinthine district, you are sure to find something that will catch your eye. The market dates back to the 14th century. Tapi actually dekat square yang berbelit-belit ni banyak sangat masjid yang indah ukiran dia. Semua ni masjid yang tua dan lama dan jalan yang lawa which featured great archways and vaulted ceilings. Memang terbaik!

Kedai menjual dari kain, tudung, wangi-wangian, beg, spices semua ada dijual. Dapat belikan mama and ayah minyak wangi alcohol free dan ole-ole dekat sini.

Yang ni ialah Masjid Saidina Hussein. Masjid ni seberang jalan je dengan Azhar..sebelah masjid ni pula ada Pasar Hussein tu.

Saya masuk ke dalam masjid ni, tapi tak terperasan pulak, bila sampai Malaysia saya baru tahu dalamnya ada Makam Saidina Hussein.






Kedai-kedai antik dan masjid-masjid lain di sekitar Pasar Hussein







Di Cairo kami satu malam je. Then keesokkan paginya kami kene pulang ke Amsterdam balik.

Sudah hampir ke penghujung dah pun travelogue Mesir saya ke Zagazig - Alexandria dan Cairo. Antara tips yang saya dapat simpulkan dalam catat perjalanan kali ini tidak banyak kerana banyak di bantu oleh cousin yang merupakan pelajar di Mesir.

  • Saya tidak galakkan untuk backpacking secara total di Mesir kerana lokasi antara setiap tempat menarik sangat jauh dan risiko kena scam sangat tinggi. Mungkin nanti di Egypt boleh join tour group yang ada.
  • Sebelum ke Mesir boleh cuba contact dengan pelajar-pelajar yang berada di Mesir, mereka boleh bantu anda 
  • atau menggunakan tour guide di group ‘PASAR MESIR’ di dalam facebook. Dekat situ ada banyak tour guide yang mempromosikan pakej mereka
  • Tidak semua rakyat Mesir mampu bercakap dalam Bahasa Inggeris mahupun signboard banyak dalam bahasa Arab
  • Di Mesir terlalu banyak kawasan menarik dan sejarah Islam antaranya sejarah zaman nabi, Firaun dan makam para alim ulama dsb. Saya banyak menggunakan tripadvisor untuk mencari tempat menarik di Mesir (dan sepanjang travel yang lain) dan di samping membaca review yang ada
  • Budaya bangsa Arab agak kasar dari segi percakapan mereka tetapi ada juga yang ramah dan baik. Jangan terkejut kalau tiba-tiba terkena siku dan sebagainya. haha
  • Jika ingin menaiki teksi, standby pasang googlemaps di dalam handphone. Jangan percaya bulat-bulat pemandu teksi anda. Mungkin end-up berpusing satu Cairo dahulu baru sampai ke hotel. 
  • Dari segi kos penginapan dan makanan, Egypt memang murah. Di Cairo kami dapat bilik yang mempunyai 2 katil queen dengan harga RM140 untuk 6 orang. 

Even banyak nau kene tipu, siap teksi driver bawa pusing satu Cairo sebab nak untung banyak, kami tetap rasa seronok sangat datang ke Egypt kerana terdapat banyak sejarah Islam yang kita boleh lihat. Eventhough tempat-tempat ni kurang dijaga rapi, tetapi dapat datang melihat sendiri besarnya Giza, melihat sendiri different types of mosque or building architecture memang pengalaman berharga.

So senang cerita kami mungkin serik sedikit tapi kami nak datang lagi. Lebih lama. Banyak sangat sejarah Islam dan tempat menarik yang perlu dijelajah.

Contohnya ke Valley of Kings dan Karnak di Luxor dan continue menjelajah Cairo melihat Al-Azhar Park dan menjejakkan kaki di The Saladin Citadel. Menjelajah Padang Pasir Siwa melihat salt lake yang cantik dan minum teh di padang pasir. Dan teringin sangat nak mendaki Gunung Sinai (juga dikenal dengan nama Jabal Musa).

Along this trip, saya dapat melihat sendiri kesusahan hidup rakyat mereka dan ia banyak mengajar saya erti untuk lebih bersyukur. I learnt a lot. Sapa kate travel membazir, and you’re wrong.

U gained a lot.

I get to step my foot at 2 out of 7 wonders of the Ancient World.
I get to see the Library of Alexandria.


Insya-Allah, dengan izinnya ada rezeki menjejakkan kaki di bumi Egypt lagi. Good-bye Egypt, your bitter sweet stories, will always be cherish forever.