Thursday, August 13, 2015

Travelogue : Amsterdam, Netherlands. (Day 3, Day 4 & Day 5)

. . .

Bello!

Okay sekarang kita sambung Part 2, travelogue / bercuti / jalan-jalan ke Amsterdam.

Kalau nak tengok itinerary and some other pictures boleh click link : Part 1  dan sedikit cost di link ini.

Seterusnya di Amsterdam kami keluar dari city of Amsterdam sedikit masih lagi di kawasan Amsterdam. 

Day 3: Zandaam - Zaanse Schans 

Okay tergeliat lidah den nak menyebutnya..asal ada bunyi jadilah. Ke Zaanse Schans, ada banyak cara melalui train saya tak berapa sure. Tapi kalau bas boleh naik bus Connexxion bus 391 (Industrial Heritage Line) from Amsterdam Central. 

Ada story kat Amsterdam Central saya nak cerita. Public transport hub ni, bahagian atas ada bas, dan bawahnya untuk train intercity atau pun yang normal. Semuanya connected to each other. Kagum, takyah nak menapak macam KL sentral nak pegi monorel tu. Kat sana, tinggal tukar platform je, semua metro ke, train ke, semua lalu platform yang sama. So jangan tertukar. 

Ceritanya, senang je, nak passing thru pun boleh dalam Amsterdam Central, nak cross naik ke bas tu. Mati-mati ingat nak kene touch bagai, takde pun leh passing thru je, nak naik train tak bayar pun takde sapa perasan. hehe. 





Ok, saya sebenarnya naik di Zandaam, di sini saya jumpa saya kawan saya. Dia join this trip for 2 days je before dia continue ke tempat lain. Zandaam ni view dia macam kampung-like tapi ada pusat shopping, shop macam JPO gitu. Main di situ harus la Primark yang murah dan berbaloi-baloi. Nanti saya cerita di bahagian tu. 

Okay dari Zaandam ke Zaanse Schans ni dekat, kami yakin nak naik basikal. Tapi owner kedai basikal tak bagi plak sewa sebab cuaca gerimis masa tu. Kang jadi bongkah ais sesia. hahaha. 

So kami naik la bas ke sana. Adala kejadian salah naik bas 2 3 kali sebab people asik bagi kami wrong info number bus yang kami patut naik. haha. 

Driver bus, sana very friendly and helpful. Wanita pulak tu. Beli tiket return dalam bas sesiap. Then next thing we knew sedang ralit tengok village area di Amsterdam kami dah sampai. Driver bus siap panggil bagi tau kami dah sampai. 



Turun station bus, kami kena berjalan 5 min cross bridge. Gerimis, angin dia kuat. Perghh. Bongkas ais bergerak. haha. 

Ni view dari bridge yang kami cross. Maaf malas edit. 



Masuk ke Zaanse Schans free je. And famous landmark yang berkaitan Amsterdam semua di sini. 
Windmill, Clog, Cheese, Diamond,  Holland House, Chocolate, Stroopwafel ALL HERE. 



Setiap rumah boleh masuk. Boleh tengok proses pembuatan setiap satu dari tengok pembuatan clog, pembuatan diamond, cheese, semua ada. Memang lama kami di sini. Yang bestnya pegi tanpa travel guide, bole lah kau duduk bersantai kat setiap tempat nak bersila bagai seberapa lama kau nak. Syok weh. Takde orang jerit, "okay group 1 next destination, 10 minutes only!!". 

See lawa kan. Rumah di Zaanse Schans ni ada yang berpenghuni dan ada yang dijadikan shop.

Layan gambar ~











Gambar atas: Souvenir shop


Gambar di atas: Cheese making shop 




Gambar di atas: Waffle and stroop waffle shop



Dalam house ni, ada show pembuatan clog. Kalau berminat korang boleh stay tengok show ni. Show ni every hour ada.

Clogs warna warni 







Lama juga kami stayed in here, tak sedar almost half day we spend our time here. Plus, lalu rumah di sana semua mengundang kelaparan. Sekejap bau waffle, sekejap lagi fresh bake bread la, chocolate la. Tabah lalu sejuk-sejuk ni. 

Kami just enjoy di sini relaks-relaks cam-whore sana sini. Totally worth it.

Day 4: Volendam - Zaandam - Amsterdam City



Hari berikutnya kami ke Volendam, jauh ke utara Amsterdam city. Okay takde la jauh mana. 40 minit lebih kurang kot. Kejap je sebab view sepanjang jalan lawaaaaaaaaaaaaaaaa hokay.


Volendam adalah trip pakai redah je tanpa buat ape research mane pun so kami pun kat sana berlala cuci mata jalan macam pelancong jelah. Main reason: nak tengok view countryside!

Dari Amsterdam Centraal kami naik bas. Bas banyak, boleh pilih nak naik bas ape-ape asalkan lalu di Volendam dah kira jalan la. haha. Okay bus fare sedikit mahal tp kami pejam mata jela. EUR10 untuk day trip. So turun naik 80x pun still EUR10 because of flat rate. And got free wifi some more inside bus. kelass.

So kitorang amik kesempatan tu dengan turun naik bas, rasa nak stop sebab macam cantik je. So kitrg pun stop. Nampak small town kami turun, singgah la masuk kedai makan, masuk farmasi semua tu. 

So kami naik bas terus ke Edam. Last bustand. Duduk kejap then terus ke Volendam.


View dari dalam bas. 




 


Ni antara  gambar sepanjang perjalanan. Langit lawa!


Ni last stop dekat Edam. 

Then naik bas lagi sekali stop suka hati di mana-mana streets di Volendam dan jalan-jalan di kawasan perumahan orang Belanda. Comelnya! Serius saya memang jatuh cinta dengan Volendam. Celah rumah orang semua kesahnya kami lalu. haha very peaceful!












Then seterusnya kami pergi ke kawasan pelabuhan Volendam. Volendam ni dulunya merupakan Old fishing village. Dapat tengok yatch, sambil menikmati suasana yang nyaman.






















Di Volendam, kami hanya makan fries and waffle and duduk bersantai berjalan dan bergambar seharian. Dan seterusnya pulang ke Amsterdam city sebab nak cari souvenir. 

Canal at night. 


Day 5: Amsterdam City - Zaandam

Okay hari-hari terakhir kami, kami make use of masa yang ada di Amsterdam dengan shopping la ape lagi! haha. 

Pagi di Amsterdam yang tenang maybe winter kot. haha. Depan hotel yang kami duduk ni ialah Rembrandt Square. Square memperingati pelukis terkenal kelahiran Dutch iaitu Rembrandt Harmenszoon van Rijn. 

Di Amsterdam memang banyak orang femes asal sini kan? Banyak museum khas untuk mereka. Antara orang famous yang berasal dari Amsterdam ialah Vincent Gogh, Erasmus dll. Kalau masih ingat buku sejarah, tentu ingat tentang Dutch East India Company masa belajar tentang sejarah Melaka. Di Amsterdam ni juga ada headquarters dia yang boleh kita lawat. 









Albert Cyup Market

Al kisah kami pegi winter kan? so manelah ada tulips. And Albert Cyup is the close we can get to tulips. *sad

Panjang market ni, memacam jual dari makanan basah kering, makanan locals, sorvenir pun murah di sini, senang cerita semua ada. Amy beli thermal pants tebal and lebih murah here.

So sesiapa yang datang Amsterdam, and nak glove, cloth ke, thermal wear ke sini ada option yang cheap lah. ke sini hanya naik tram and pasar dia buka awal pagi hingga 2 pm. and panjang dia lebih kurang panjang jalan tar smpi ke masjid india tu.

Antara benda menarik kami jumpa di sini ialah kedai menjual barang-baranng local Indonesian, dari sambal ayam penyet, sambal segala jenis, sampai ke kain batik pun ada. I swear kalau lama sikit saya duduk Ams ni memang saya beli sebotol sambal ayam penyet tu haa!

ok layan gambar.

rimbunan bunga!







Tengok besarkan strawberry dia.... satu bekas tu EUR 3 je!






I see-food-tomyam-pedas-sedap-ni







 Zaandam

Last day kami ke Zandam lagi, ape lagi datang nak shopping je. Zaadam ni actually very cute town. Bangunan comel-comel. Harga train dari Amsterdam central ke sini lebih kurang EUR 2.5 je. Kalau nak beli souvenir untuk orang kampung lain leh la ke sini juga. Dalam HEMA and ALBERT HEIJN supermarket pun ada jual souvenir yang murah macam dutch chocolate and stroopwafel.

Salah satu sebab lain kami ke sini ialah PRIMARK.
Murah sangat nau. dia macam H&M tapi lagi murah la. Convert duit Malaysia pun still murah.

Contoh:
Baju winter EUR 20
Blouse EUR 10
Boots EUR 1
Kasut boots 2yo EUR 5




Zaandam Town
Kasut EUR 1


. . . 


OKAY
sobs. wipe tears. 

Our vacation has come to an end. Rasa memang tak nak balik pun ada. Memang betul la tu peribahasa hujan emas di negeri orang. Memang pengalaman emas pun.

   
Iconic KLM

Thanks Amsterdam! You have been good to me. And I'm sure we will meet again soon.

So if any readers out there,
i hope this long entry will help your trip or this could be another destination that you should go in your bucket list!




Alhamdulillah.

Sign off,
Izza-will-come-to-amsterdam-again.