Wednesday, December 2, 2015

Travelogue : Jalan jalan Lombok, Indonesia

Destinasi : Lombok, Indonesia
Tarikh : 12 – 16 September 2015

First of all I'd like to say that  Lombok have one of most beautiful, wild and pristine spots of nature and beaches. Lombok adalah salah satu pulau dalam Indonesia yang letaknya bersebelahan dengan Bali dalam peta dunia. Dari utara, timur selatan, semua tempatnya cantik di Lombok. 

Kami decide untuk ke Lombok dan beli tiket around bulan June. 
Semenjak dua menjak kebelakangan ini, ramai orang Malaysia bercuti ke Lombok. Gambar yang upload pulak memang memanggil-manggil untuk datang ke sana. Haha. Propa! Itulah sebab Lombok jadi pilihan untuk percutian kami seterusnya.


Percutian sepanjang 5 hari 4 malam ni kalau ikutkan memang tak cukup nak pusing satu Lombok, dengan pantai , bukit dan gili yang lawa-lawa. Rasanya kalau sesiapa nak ke sana, takde rushing kena ambil lebih seminggu untuk pergi ke semua tempat di Lombok. Tapi bagi yang budget sederhana, cukup la tido di Gili Trawangan, pun dah cantik dan okay sangat.

Pengalaman ringkas saya di Lombok bersama rakan-rakan saya tuliskan dalam entry ini dengan pendek sahaja. Panjang-panjang orang pun malas baca. 

Itinerary ringkas sepanjang kami di sana adalah seperti berikut:

 

Day 1 : KL - Mataram City

Hari pertama kami sampai di Lombok pun dah malam, around pukul 7 p.m. baru sampai. Masa dalam flight dapatlah tengok macam garis orange sunset dan puncak Gunung Rinjani. Sangat cantik. Sesiapa yang duduk di sebelah tingkap memang harus capture gambar scene tu.

Memandangkan kami sampai di Lombok memang dah lambat, kami decide untuk bermalam di Mataram. Keluar dari airport terkejut kejap ramai betul supir hurung kami macam semut! Haiyoo nak bernafas, berfikir pun tak mampu. Haha.

Kami ke Mataram konon nak tengok life orang Lombok la. Hotel yang kami duduk ditengah town lebih kurang 600m dengan Mataram Mall. Perjalanan dari airport ke Mataram took around 1hrs.




Then lepas check-in terus kami berjalan kaki ke Mataram Mall. First task ialah beli simcard and dinner.

Kalau dah sampai tempat orang haruslah kita mencuba semua jenis makanan local yang ada. So memang misi kami cari makanan local yang sedap memandangkan perut dah berkeroncong padahal dalam flight dah membantai nasi lemak Pak Nasser.

Dekat luar Mataram Mall banyak je warung yang jual makanan ni, so pejam mata tunjuk satu je. So kami decided untuk dinner di Rumah Makan Dirgahayu. Pergh. Sedap, tak menyesal.
Ayam taliwang, cumi celup tepung, tempe penyet, kangkung pelecing dan teh sostro.


Lepas makan kami rest and terus balik hotel. Pepagi esok nak terus ke Gili.


Day 2 – Gili Trawangan

Seawal pukul 7 pagi kami dah siap excited nak pergi Gili. Kami pilih untuk ke Gili dulu, kemudian baru ke Senaru. Ramai yang kami jumpa, akan terus ke Senaru baru ke Gili. Ok, kami pilih Gili dahulu sebabnya tak mau penat dan sakit kaki effect kami di Gili, sebabnya di Gili akan banyak berjalan atau kayuh basikal berbanding tempat lain.

Kami jumpa Pak Ibrahim, supir kami sepanjang di sana pada hari kedua. Pak Ibrahim memang best, bab harga memang tak berkira langsung dengan kami. Dia sangat punctual, janji pukul 7 am, pukul 6 dah sampai hotel okay! Bawa pun tak laju dan selasa perjalanan kami menaiki Avanza dia.

Kami kelaparan pagi tu, sebab tak ambil package breakfast. So Pak Ibrahim bawa kami breakfast di tepi pantai di Sengigi. Sambil makan tepi laut, lihat pula gelagat orang tempatan memulakan hidup mereka pada waktu pagi. Pemandangan pula, subhanallah cantik! Sumpah cantik. #nofilter  haha. Katenya!




Lepas breakfast, kami teruskan perjalanan kami ke Gili T. Half-way Pak Ibrahim singgahkan kami di Puri Malimbu. Kawasan ke Gili T ni berbukit bukau melalui persisiran pantai. Dari Puri Malimbu, kami boleh lihat ketiga-tiga gili dengan jelas, iaitu Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Snap sana sini, posing sana sini. Done. 










Terus sambung ke Jetty Teluk Nare untuk menaiki private speedboat.

Ok bagi saya private speedboat mahal! Haha. Mula la buat perangai compare price kt Malaysia. Harga boat IDR 1juta = RM290 perjalanan ke sana tak jauh pun. Kalau kat Pulau Perhentian, sorang baru RM40 kot. Tengok mengada compare! Bukan berkira ke hape. Tapi terasa lah mahal dia even nama private mmg logicnya mahal. Haha. Option lain, naik boat awam. Murah sikit, tunggu sampai penuh. Tapi poket tak rabak, takpe.


Dan sampai jugak di Gili T


Sampai je Gili T, kami memulakan pencarian hotel kami berdasarkan googlemaps. Sebab terlalu banyak hotel, kecik, besar, 5 star sampai hostel semua ada. Tanya local pun diorang tak berapa tahu. Jauh sikit je ke dalam, tapi masih dekat dengan Jetty. Sampai hotel, nampak private pool, syiookk la bermalas-malasan tepi pool tu. Sampai ler kami termissed trip untuk pergi snorkeling. Tapi tak ralat sangat. Kami cover dengan banyak lagi view cantik after this.


More like guest house, kami choose to stay in double story house harga pun murah melalui bookings.com. Cantik, sangat sunyi dan tenang. Breakfast pun sedap.

Gili Trawangan





Sebut Gili T ni rasanya no need further and lengthy intro kot. One of the pulau (Gili) yang famous di Lombok. Based on observation, ramai mat Salleh bukak hotel or restaurant di Gili, including our house owner. Dah 10 tahun usahakan Puri Hondje Hotel yang kami duduki.

Bab nak cari makanan halal, tak susah pun di Gili T, semua view tepi pantai yang lawa. Pilih la mana satu, dari restaurant mewah sampai kedai hut pun ada.




Kalau malam hari, kami suggest untuk makan di kawasan berhampiran dengan jetty. Nampak ala-ala pasar malam tu, tuju lah situ. Dari seafood bakar, lauk campur, apam balik, pancakes semua ada. Tapi kene rajin tawar menawar! Kami makan ikan bakar, sotong, udang, segala bagai, memang fresh dan sedap. 






Manakala, aktiviti yang kami lakukan di Gili T. Kami banyak berbasikal, dan duduk di tepi pantai berbual dan bergambar.





Nampak jagung berhenti. Nampak ice-cream berhenti. Nampak tak makannya tak berapa ingat dunia. Haha.


Ada dua buaian famous, kire gambar wajib hado baru orang percaya gamaknya kalau kita dah sampai Gili T.

 Paling famous untuk tengok sunset adalah di Ombak Sunset. Jauh jugak nak berbasikal ke sana ye. Sakit gak kaki, buat orang yang rasanya 10 tahun sekali naik basikal ni.

Sambil minum air kelapa tepi pantai. Kita layan sunset di Ombak Sunset.






Breathtaking sunset overlooking Bali’s Mount Agung.



Di malam hari kami continue urut-urut, jalan-jalan dikedai, mandi swimming pool dan berehat. Sebenarnya rasa kejap sangat kt Gili T ni. Esoknya dah kene balik ke mainland. Huh!



Day 3 – Senaru Waterfalls – Sendang Gile & Tiu Kelep Waterfalls.

Awal pagi hari ketiga kami teruskan perjalanan kami ke Senaru. Kira-kira 3 jam dari jeti bangsal. Sambil lalu melihat kawasan perkampungan di Lombok dan pemandangan sawah padi dan tanaman lain yang hijau mata memandang.



Kami tiba di pintu masuk air terjun dalam pukul 11. Tawar menawar harga itu ini rasanya around pukul 12 kami mulakan perjalanan. Haha.

Ok kalau anda seorang yang sangat la jarang buat aktiviti lasak yang perlukan stamina, atau naik 2 tingkat tangga pun rasa nak mati, better before ke sini try lah buat sikit some workouts. Bukan, kang otot terkejut kang. Haha. Untuk yang biasa, mungkin bagi mereka, menda ni hanya takat level 2 je susahnya. Sad.






Sebabnya banyak tangga nak kene naik dan turun dan melalui jalan basah dan kering.

Dari entrance ke air terjun pertama iaitu Sendang Gile hanya memakan masa 15 min je. Trail pun masih berbatu. Dekat air terjun pertama tak boleh mandi, setakat bergambar.

Dari air terjun pertama ke air terjun kedua memakan masa around 40 min. Jalan pun elok and half way kene lalui air dan tiada jalan berbatu lagi. Penat jugak la mungkin sebab dah lalui banyak tangga masa mula-mula.



Sampai je air terjun, segala penat lelah semuanya hilang. Nganga je! Tinggi dan sangat terpukau.

Air sejuk gila. Menurut guide yang bawa kami, kalau orang tempatan percaya air Tiu Kelep ni boleh meremajakan kulit. 

Ok rendam badan dan muka lama-lama.








There is no fresher water than this! Drink it, swim or just let the ice cold water hail down your back… superb!



Ok. Kalau kita hire guide, trail untuk ke dua-dua air terjun ni ada sedikit perbezaan. Untuk pergi kita akan lalui normal trail, but bila balik guide akan bawa lalu kolong air ni. Tu yang best!

Kami tiba di entrance around pukul 2 ptg. Dah lapar macam hape, tapi kami decide untuk lunch di area Sengigi. Pukul 4 ptg baru nak makan, kebulur macam piranha. Haha.







Kami teruskan perjalanan kami untuk hotel kami di Kuta. Untuk 2 malam seterusnya kami akan tido di hotel yang sama. Lega sikit hati, kalau tak tiap malam nak packing. Haha.

Jauh jugak perjalanan, pukul 7 malam baru lah kami sampai di hotel kami. Kami berehat-rehat dan pada malamnya kami berjalan kaki di kawasan Pantai Kuta melihat night life di sana. Ok Kuta takla se-happening di Gili T, tetapi ada lah restaurant dan kedai souvenir yang boleh kita singgah.

Kami menginap di Bombora Bungalows, dan ada kemudahan kitchen. So malam tu kami decide beli buah dan masak magi je.



Day 4 – Pantai Pink

Kaki dah start lenguh, akibat penangan Tiu Kelep. Tapi yoko-yoko ada, sapu jangan tak sapu. 

Dari hotel, kami tak terus pun ke Jetty Tanjung Luar, singgah bergambar di Tg Aan, singgah di luar Perkampungan Sasak dan ladang tembakau.









Pak Ibrahim banyak bercerita, so dapatlah kami pergi dan bergambar  dan tahu banyak info mengenai Lombok termasuk la peluang singgah di ladang tembakau.

Untuk pengetahuan semua, ada 2 cara untuk ke Pantai Pink.

1) Menaiki kereta ke Tanjung Ringgit, cumanya perjalanan agak jauh disamping jalan yang tak berapa elok. Manakala saya pulak memilih untuk

2) menaiki kereta ke Tanjung Luar, daripada Kuta mengambil masa kira-kira 3 jam. Dan di sana, Pak Ibrahim dah bookingkan kami dengan Pak Anwar, boatman kami. Dari Tanjung Luar kami naik boat ke Tanjung Ringgit. So Pak Anwar bawa kami ke Tanjung Ringgit – Pantai Pink – Lunch provided di Pantai Pink – Pantai Pink 2 – Gili Kere – Gili Gosong. Ada satu tempat snorkeling je kami tak pegi.




Pantai Pink adalah salah satu dari sepuluh pantai di dunia berwarna Pink, dan satu dari dua pantai di Indonesia yang memiliki pasir berwarna pink. Pantai pink masa kami datang belum cukup pink tapi nampak sikit pink dia. Kalau surut lagi nampak pink dia, kontra dengan turqoise water and white sandy beach. hmmm.



Kami lunch di sini, include package, makannya mewah sangat! Untuk kami bertiga ni banyak sangat.






Turquoise sea and white sand, the way I love it! Even here you can climb to enjoy a breathtaking view over the bay and beach. A must-see!









Pantai Pink 2





Gili Gosong (Gili Pasir) muncul ketika air surut sahaja dan terletak di tengah laut perairan Tg Luar.







Gile Kere.
Di jaga oleh seekor kera jantan. Jaga-jaga ada yang memerhati. Tak dapat kami nak lama-lama. Takot oi.




Balik daripada Pantai Pink kami terus ke Mataram. Misi mencari ole-ole untuk orang kampung.




Kami ke Sasake, yang terletak di area mataram city dekat sini semua jenis souvenir ada, so tak susah kami nak beli barang. Makanan, beg, baju-baju, macam-macam ada tinggal hulur duit je. hehe.

Cuma bab fridge magnet tak lawa kt sini. Hmm sangat. Jumpa fridge magnet yang lawa dekat airport tapi agak mahal sikit. Still okay la untuk kenangan diri sendiri je. 

Kami pulang ke hotel pada waktu malam selepas dinner. Pak Ibrahim hantar kami ke Restaurant Landasan. Sedap bakso dekat sini. Maaf gambar takde, makan macam piranha kelaparan phone kemana gambar pun kemana-mana lah. 

Kami decide untuk pulang ke Hotel. Dan di hotel, kami berehat tepi pool and sambil menikmati bintang-bintang. Okay, kat Lombok ni banyak bintang. Clear sky. Segala jenis buruj semua hado.

Day 5 – Pantai Mawun – Pantai Selong Belanak – Airport

Pada hari terakhir, ikut plan kami. Memang nak ke airport je terus. Tapi Pak Ibrahim suggest untuk pegi ke 2 pantai ini. Disebabkan nak ke Pantai Pink, kami terpaksa letgo untuk pegi tengok Batu Layar.

Pak Ibrahim charge kami harga yang sama ke Airport sahaja, xde extra charge untuk ke 2 pantai ini. Ok baik kan Pak Ibrahim.

Pantai di Lombok ni celah mana cantik je. Saya rasa kalau saya duduk sana sihat je rasa. Pemandangan cantik hilang stress.

Pantai Mawun ni takde orang pun. Ada la 3 4 orang foreigner lain tu je. Tapi pantai memang superb lawa. Pantai berteluk di kelilingi bukit memang lawa. Menurut cerita Pak Ibrahim, kalau surut, air pantai ni akan terbelah dua. Right side akan surut and the other side still ada air. Tapi of course la kami datang tu belum surut, so penuh jelah air dia.






30 min daripada Pantai Mawun ialah Pantai Selong Belanak.  Ape yang saya nampak pantai ni lebih berpenghuni compare to Pantai Mawun. Ramai jugak orang surfing di sini. Harga rental board surfing pun agak murah. Rasa nak acah-acah Gold Coast surfing, Lombok pun ada!





Habis lawat pantai kami terus ke airport. Huwaaaaa tak nak balik.

Dan berakhirla trip jalan-jalan kami ke Lombok.

HAHA. Post belum abis. Saya listkan sedikit tips dan bajet yang kami spend sepanjang 5 hari 4 malam di sana.

Tips:

  1.  Tengok maps. Google maps. Cuba pahami lokasi yang korang nak pergi seperti jarak, masa dan lokasi dari satu tempat ke tempat seterusnya. Sebabnya ada ramai yang fikir jarak dan tempat semua attraction tu berdekatan.
  2. Saya cadangkan untuk ambil flight awal pagi dan pulang dari Lombok pada waktu malam untuk maksimumkan waktu perjalanan. 
  3. Kalau pergi grouping silalah gunakan perkhidmatan supir kerana lebih jimat. Dan kalau tanya saya perkhidmatan Pak Ibrahim adalah supir paling murah saya guna. Saya dah tanya 3 4 orang lain sebelum ke sana. So Pak Ibrahim lah paling murah.
  4. Kalau bukan kaki gamble, book la accommodation melalui agoda, bookings.com dan airbnb. Save your hassle nak mencari hotel if you’re on tight schedule.
  5.  Makanan halal, Alpha mart (like 7e) banyak di Lombok, so tak susah kita nak makan. Makanan wajib cuba ialah Ayam Taliwang, ikan bakar, kangkung pelecing, nasi balap puyung, jagung bakar di tepi pantai, apam balik di Gili T dan bakso.
  6. Kalau nak snorkeling di Gili T, sila sampai ke hotel before 10 a.m. kerana trip snorkeling bermula pada pukul 11 a.m. 
  7. Perkhidmatan private boat untuk ke Gili Trawangan berakhir pada waktu 10 p.m. manakala public boat berakhir pada pukul 6 p.m. 
  8. Ramai juga pelancong memilih untuk menyewa motor, cuma perlu saya inform melalui pemerhatian saya tak banyak signboard di Lombok, jalan pulak agak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dan waktu malam, kebanyakan jalannya takde lampu jalan. So, rancanglah trip korang sebaiknya. 
  9. Datang awal ke Ombak Sunset sebelum pukul 5, so boleh la posing sakan and duduk di seat paling depan untuk enjoy your sunset. Around pukul 6 dah sunset. 
  10. Untuk experience yang menarik, hire la guide semasa ke Tiu Kelep Waterfalls. Baliknya lalu kolong air memang seronok.

Rasanya itu sahaja catatan saya mengenai Lombok. Lombok sangat cantik dan berbaloi-baloi untuk dilawati. 
Dubbed “the unspoiled Bali” by many travelers.
The unforgettable turquoise blue sea, soft white sand and clear blue sky is a perfect gateway! 


Signing-off, 
Beach girl. kihkihkih.


Video travelogue ke Lombok