Wednesday, April 26, 2017

Pengalaman di Istanbul - PART 2 - Travelogue Turkey



Sambungan daripada Part 1 : Pengalaman di Istanbul - Travelogue Turkey


1. Buy Istanbul Museum Pass

To see most of Istanbul's top museums in a short time, with reduced admission fees and shorter waiting lines, you may want to buy the Museum Pass Istanbul.

The 5-day pass is sold for TL85 and is valid for one entrance to these museums within 120 hours after the first use of the pass to enter a museum:
  • Hagia Sophia (VISITED)
  • Topkapı Palace (Harem optional for TL15 more) (VISITED)
  • Istanbul Archeological Museums
  • Museum of Turkish & Islamic Arts (VISITED)
  • Museum for the History of Islamic Science & Technology in Gülhane Parkı
  • Istanbul Great Palace Mosaic Museum
  • Chora Church Museum (Byzantine Mosaics)
  • Rumeli Hisarı Fortress
  • Yıldız Palace
  • Galata Mevlevihanesi (Whirling Dervish Hall)
  • Istanbul Fethiye Museum (Pammakaristos Church)
Advantages: Kurang masa menunggu untuk beratur tiket, lebih murah. 
Disadvantages: More to us, we don't have enough time to visit all the museum listed. 

Museum Pass machine di tepi pintu masuk Topkapi


2. Topkapi Palace 

The Topkapi Palace with its Harem in Istanbul was definitely one of the highlights of my trip. This palace used to be the residence of the Ottoman sultans between the 15th and 19th century.

Topkapi is huge and contains 4 main courtyards with beautiful gardens, an enormous kitchen, mosques, a hospital, many pavilions and the Harem.  It was one of the major residences of the Ottoman sultans for almost 400 years

Di Topkapi Palace kami telah membeli tiket untuk masuk ke dalam Harem (the living space of Sultan and family). Disamping itu juga kami juga menyewa audio guide untuk dengan tambahan harga TL10. 

Bagi saya Harem adalah sangat menarik, ia dihiasi dengan pelbagai hiasan dan dekorasi daripada mutiara, emas yang sangat cantik. Chandelier, cermin kaca besar juga memenuhi ruang yang ada disetiap bilik yang ada di dalam Harem. 

Jika anda ingin ke Topkapi Palace saya cadangkan untuk pergi seawal pagi yang mungkin kerana ketika itu masih belum ramai orang lagi.

Topkapi Entrance
I love Topkapi

Topkapi Palace overlooking sea of Marmara

Sewa audio akan disertakan dengan map

Jalan menuju ke Harem

One of the room inside Harem




2. Hagia Sophia

Hagia Sophia means Holy Wisdom. Dikenali juga sebagai Aya Sofya (in Turkish). Sebuah church, kemudian menjadi masjid dan kini adalah sebuah museum. Ia merupakan antara tinggalan Byzantine architecture yang masih lagi wujud di dunia.

Jarak diantara Topkapi Palace adalah sangat berdekatan. Selepas tour di Topkapi kami berjalan kaki menuju ke Hagia Sophia. Jaraknya hanya lebih kurang 3 km sahaja. 

Di Hagia Sophia, kami tidak mengambil sebarang guide dan kami hanya berjalan-jalan dan melihat interior decorations di dalamnya seperti mosaics, marble, mihrab dsb. Decoration dengan pertembungan antara dua agama ini menarik minat saya. Rasa goosebumps semasa mula masuk dari pintu utama.

Hagia Sophia masih lagi dalam proses konservasi semasa saya pergi, kerana banyak bahagian di dalamnya sudah rosak atau terhakis. Lantainya pun ada sebahagian sudah mendap ke bawah. 

Harap Hagia Sophia dapat bertahan lebih lama lagi untuk generasi akan datang lihat lagi. 







Jangan lupa cari Gli, kucing yang sangat famous di Hagia Sophia ni.

 3. Blue Mosque - Sultanahmet Camii

Blue mosque ni terletak berhadapan dengan Hagia Sophia, dan di sebelah tepinya adalah Hippodrome. 

Dapatlah kami merasa solat subuh di sini. 

Terkenal dengan 6 minaretnya, dan interior di hias dengan 20,000 Iznik tiles dengan warna biru, hijau dan turquoise.


Subuh 







4. Galata Bridge dan makan "Balik Ekmek" 

Galata Bridge kami rasa tempat favorite kami di Istanbul. We ended up here several times and never get tired of watching everything that's going on here. The ferries, the boats, the fishermen, the trams, the people, the view and much more! 

Antara aktiviti kami lakukan disini ialah makan "balik ekmek" atau sandwich ikan bersama makanan lain, menaiki cruise Bosphorus dan juga berjalan kaki ke Spice Bazaar. 



Fisherman
View daripada bridge

Kedai Balik Ekmek

Balik Ekmek


5. Bosphorus Cruise 

Kami menaiki Bosphorus Cruise around pukul 5 petang, dapat lah merasa sunset on Bosphorus selama 2 jam. Turun je dari tram pandang ke arah jambatan Galata, boleh lihat banyak operator yang akan offer untuk menaiki cruise. 

Waktu pergi time autumn hujung bulan 10, tapi sejuk dia jangan cakap. Suhu time kami pergi cecah 15 deg masa tu. So, kejap je duduk dibahagian atas cruise boat tu, lebih-lebih cari heater. 








6. Museum of Turkish and Islamic Arts

Okay di sini kami tak ambil gambar banyak sangat tak tau pasal apa. Tapi basically just 2 tingkat building ada a few barang-barang seperti Al-Quran, set dining, kiswah kaabah, pintu lama, caligraphy dsb.

Al-Quran semasa zaman Uthmaniyah


7. Galata Tower, Taksim, Istiklal street, Historical Tunnel dan Nostalgic Tram

Pada second leg of our vacation, kami banyak spend time di area Taksim kerana hotel kami di sini. Istiklal street ni adalah satu jalan panjang yang bermula di Taksim Square dan berakhir di Galata Tower. 

Istiklal ni macam syurga shopping la kot, pukul 12 malam pun masih banyak kedai belum tutup, Di sini, lebih meriah dengan cafe, bookshops, dan banyak shop-shop yang menarik. Setiap lorong yang memang seronok dijelajah seperti houses boutiques, music stores, bookstores, art galleries, cinemas, theaters, libraries, cafés, pubs, night clubs with live music, historical patisseries, chocolateries and restaurants. Di sini juga ada kawasan apartment yang macam Lisa surihani duduk dalam Istanbul Aku Datang.

Di sini terdapat Nostalgic Tram, boleh la merasa menaiki Nostalgic tram ni. Ia berakhir di hujung Galata Tower. Dan selepas tu, boleh la cuba menaiki Historical Tunnel Tram. 

Historical Tunnel Tram Istanbul is second-oldest underground train in the world (after London's, 1863).

Kalau naik Historical Tram ni, dia akan stop di Karakoy, keluar je dari tram tu, belok ke kiri, dah nampak Galata Bridge.

Taksim

Galata at night

Nostalgic Tram 

Inside nostalgic tram 

Istiklal street
Historic Tunnel





8. Dolmabahce Palace 

Selepas Topkapi tidak digunakan semasa zaman Uthmaniyah, Dolmabahce merupakan Palace utama yang digunakan selepas itu. Memang saya punya wishlist untuk jejakkan kaki ke sini. 

Dolmabahçe is the largest palace in Turkey. Contains 285 rooms, 46 halls, 6 baths (hamam) and 68 toilets. 

Masuk ke dalam Dolmabahce perlu ikut tour guide yang disediakan. Kerana ada some parts of tak boleh dimasuki oleh pelawat. English guided tour rasanya every hour dan kita kena join with a large group of visitors. 

Kawasan luar istana boleh ambil gambar cuma kawasan dalam tak dibenarkan langsung amik gambar. 

Memang takjub tengok Istana ni, rasanya kalau duduk dalam ni confirm sesat tak jumpa toilet dekat mana, bilik pun kemana. haha. Ada 3 chandelier besar, salah satunya adalah chandelier terbesar didunia okay, seberat 4.5 tan. 

Hall dia pun sangat besar, disamping itu juga kami dapat lihat bilik Kemal Attarturk. Dimana dia mengabiskan hayat dia di Istana ni. 


Pintu Utama - Gate of the Sultan
Gate of the Treasury
Gate to the Bosphorus
Dolmabahce Palace


9. Rumeli Hisari

Manakala, Rumeli Hisari pula, kami dah sampai hanya diluar sahaja. Tempat ni di tutup untuk kerja-kerja konservasi. Sedikit info menarik mengenai Rumeli Hisari merupakan fotress atau kubu yang dibina oleh Sultan Mehmed II atau dikenali sebagai Fatih, the Conqueror dalam strategi menawan kota Constantinople pada ketika itu. 

Kubu Rumeli Hisari ini mempunyai view dan sejarah menarik kerana berhadapan dengan ialah Jambatan Fatih Sultan Mehmet, yang menghubungkan Asia dan Eropah. 


Jambatan Fatih Sultan


10. Shopping di Spice Bazaar dan Grand Bazaar

Kami banyak shopping di Spice Bazaar berbanding di Grand Bazaar, kerana bagi saya harganya lagi murah disamping kurang sedikit kesesakannya berbanding Grand Bazaar. Dan bagi saya juga kedua-dua bazaar yang famous ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Barang yang dijual adalah lebih kurang sama, cuma saya dapati di Spice Bazaar ni, penjualnya lebih peramah.

Di Spice Bazaar, terdapat pelbagai barang seperti cenderamata, turkish delight, section binatang peliharaan pun ada. Seronok explore satu-satu lorong yang ada.



Turkish Delight

Spices

Wajib try 

Bahagian Buku di Grand Bazaar

University bersebelahan Grand Bazaar 

Syurga kibbles 



11. Berjalan di kawasan Sultanahmet and Fatih area

Kami banyak bersiar-siar masuk ke lorong-lorong tanpa arah tujuan sepanjang Istanbul, dapat tengok macam-macam kedai yang menarik yang ada di Istanbul. Seronok sebenarnya melihat kawasan kediaman, melihat penduduk tempatan berurus niaga dan juga melihat gelagat pelancong lain. 




Gulhane Park



Okay setakat itu sahaja mengenai Istanbul. Seterusnya kami teruskan perjalanan kami ke Ankara pula untuk melihat tempat persemadian Kemal Ataturk di Anitkabir. 

Kami dapat melihat bagaimana rakyat Turki melakukan perarakan di Anitkabir bagi memperingati Republic Day dengan memberi penghormatan kepada Ataturk. 

Entry berikutnya adalah Ankara.