Thursday, April 27, 2017

Pengalaman di Ankara, Turkey - Travelogue Turkey



Setelah beberapa hari di Istanbul kami meneruskan perjalanan kami ke bandar lain di Turkey iaitu Ankara. 

Ankara merupakan ibu negara dan kota pentadbiran Turkey dan sebab utama kami ke sini ialah Aida Anis nak melihat Anitkabir. Ankara was Atatürk's headquarters from 1920 and has been the capital of the Republic since the latter's founding in 1923, replacing Istanbul following the fall of the Ottoman Empire.

Cuma di Ankara kami tidak bercadang untuk bermalam di sana. So ceritanya 2 malam kami homeless hanya tidur di dalam bas dan selebihnya tidur di bangku atau surau yang boleh digunakan. 

TRANSPORTATION

From Istanbul: Kami menaiki Bas Metro dengan tambang TL60 untuk ke Ankara.

Kami beli tiket on the spot, pada pagi hari sebelum bertolak ke Ankara. Kami pilih untuk overnight di dalam bas dan tiba di Ankara pada keesokkan hari. 

Bas bertolak pada pukul 10 malam dan tiba di Ankara pada pukul 4 pagi. Seronok naik bas di Turkey, ada bus attendant (pelayan) untuk menyediakan air / biskut dan juga ada bus entertainment untuk melihat movie. USB plug dan wifi juga ada disediakan di dalam bas. 


COST IN ANKARA

Berikut adalah estimation of expenses kami sepanjang di Ankara:
  1. Transport -  TL 20 per person using Ankarakart, taxi, and van. The rest is free walk tour around town. 
  2. Transport from Istanbul to Ankara - TL 60
  3. Hotel - Didn't spend a night. 
  4. Meals - TL 15 (RM 18) per day. Dinner and tidbits.
  5. Miscellaneous - TL 10 (RM 12) per day. e.g. Entrance fees to toilets.

Tiket Bas Metro
Bus entertainment

Di dalam bas

Istanbul Otogar

Di sekitar Ankara: 
  1. Ankarakart - Fungsinya sama seperti dengan Istanbulkart, digunakan untuk menaiki public transport seperti Metro di Turkey 
  2. Teksi - Daripada Anitkabir ke Ankara Castle 
  3. Bas - Daripada town ke Ankara Otogar (bus station) 

We arrived in Ankara from Istanbul by bus at around 4am. Melepak di stesyen bas tunggu waktu subuh, basuh muka, gosok gigi, sembur perfume, sambil telan hakikat apekah sejuk sangat Autumn ni.

Suhu semasa kami di Ankara pada hujung October adalah 2 degree Celsius. Sejuk gile mak aihh. Baju kami prepare untuk Autumn suhu 15-20 degree, seriously we did not expect Turkey will be that cold on Autumn.

Di Ankara Otogar, Ammy Yus menunjukkan bakat berbahasa isyarat semasa membeli tiket bas dari Ankara ke Amasya kerana orang Ankara tak tahu berbahasa Inggeris. Maka segala gambar rajah, lukisan jam dan sebagainya dikeluarkan.


Nampak tak gambar jam tu. Jangan main-main.
Letak luggage di "Emanet"
Laluan Metro Ankara

Autumn in my heart, eh. Autumn in Ankara

Burrrr sejuk

Terus ke Anitkabir tempat persemadian Kemal Ataturk dengan menaiki metro. 

Anıtkabir (literally, "memorial tomb") is the mausoleum of Mustafa Kemal Atatürk

Kami tiba seawal pagi pada pukul 8 a.m. dan ketika itu tiada pengunjung lagi so peluang posing dengan tenang.

Masuk di dalam Anitkabir adalah percuma, tetapi beg sandang biasa kami tidak dibenarkan untuk dibawa masuk, hanya boleh bawak purse, passport, camera dan air sahaja. 

Di Anitkabir dapat merasa suasana bagaimana orang Turki memberi penghormatan sempena Republic Day Turkey pada hari esoknya kepada Ataturk. Ramai pelajar sekolah datang bersama guru-guru mereka, dan mereka akan berarak naik daripada dataran dan ke atas persemadian Atarturk. Kemudiannya meletakkan kalungan bunga sambil memberi penghormatan.

Republic Day is the anniversary of the foundation of the Republic of Turkey.

Bila masuk tengahari hari memang sangat ramai orang. Sememangnya memang plan kami, untuk jauhkan diri daripada kawasan bandar semasa Republic Day untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi. 

"An educational experience to say the least, the Anitkabir gave a short history lesson into the culture and reasons for the evolution behind Turkish culture, the renown reformer Kemal Ataturk.
Anıtkabir museum is composed of three sections. The first section is Ataturk Museum, at which are exhibited Kemal's civil and official clothes, his personal belongings, various gifts presented to him, and many assorted documents and photos. In the second section, just dive into the Dardanelle War. Audiovisual effects and objects such as rocks, cannons, rifles, guns and shells have been added to this section in order to allow you to perceive the war scenes on the walls as if in three dimensions. The other panoramas depicting the other two most important battles of the War of Independence, have also been arranged with the same effect in mind. The third section is composed of recreations of events that took place from the time of the War of Independence (1919) until the death of Kemal Ataturk (1938). -- source: TripAdvisor"



Di luar complex Anitkabir
Masih tiada pengunjung

Masuk waktu tengahari dataran ini sudah dipenuhi dengan ratusan pengujung

Symmetry

Kereta milik Atarturk

The symbolic sarcophagus of Atatürk's tomb inside the Hall of Honor


Selesai menjelajah Anitkabir kami kemudian mendaki Ankara Castle sambil merasa gayat. Tak pernah rasa gayat sampai Ankara Castle je kau rasa gayat. Tak memasal. 

Tak banyak maklumat yang saya peroleh mengenai kubu atau castle ini, cumanya ada mengatakan kubu ini telah dibina sejak zaman pertengahan lagi. 

Pemandangan di atas Ankara Castle memang superb. Kami dapat lihat panaroma view 360 of the whole city. 

Memanjat Ankara Castle
Panoramic view of Ankara

Gayat tu sebenarnya

Another side of the wall
I love Ankara

Selepas turun dari Ankara Castle, menjelajah deretan kedai-kedai yang cantik di sekitar Ankara dan kemudian terus kembali ke Otogar Ankara.

Kilim

Houses around Ankara castle
Another house
 





Sampai Otogar Nasib tak sebelahi kami apabila di sound oleh makcik penjaga surau sambil dibaling tasbih kerana kami tak tahu, socks tak boleh cecah lantai dan kemudian naik ke kawasan solat. Kena buka kasut terus lompat atas carpet, mungkin takot kotor. 

Tu la tak tahu. Dah makcik tu membebel tengok kami macam alien. Kami pun tak paham sepatah haram apa yang sedang dimarahkan. Hasrat melepak dalam surau terus dibatalkan. Kami cuma mampu tafsirkan sahaja apa yang dimarahkan tu tapi sebutir pun tak paham. 

Mereput di Otogar Ankara sambil menunggu bas ke Amasya pukul 11 p.m. Hasilnya 2 malam jadi gelandangan.

Tiba di Amasya juga pada pukul 4 pagi. Nasib baik ada surau untuk crash in. Bertahan dalam kesejukan menunggu hari siang pula di Amasya. 

Next entry: Amasya





Tips:
  • Sebagai persediaan untuk backpacking, perlu kiranya untuk kita tahu beberapa word dalam bahasa Turkey selain daripada Terima kasih beberapa phrase lain juga perlu seperti bertanya harga untuk membeli tiket atau barang. Saya refer pada TripAdvisor  dan 100 Travel Word untuk beberapa useful phrase yang anda boleh gunakan di sana. 
  • Untuk persedian budget, kami menggunakan laman web Rome2Rio untuk mengetahui estimation price for bus ticket, or flight ticket in Turkey. So bila sampai di Turkey, kami jadikan harga daripada laman web Rome2Rio sebagai based harga / rujukan harga semasa membeli tiket di kaunter.